One-time offers

Tutorial penetapan OTO untuk kegunaan marketing bagi meningkatkan conversion rate.

OTO adalah One-Time-Offer diamana anda boleh mencipta satu tawaran khas kepada pelanggan hanya sekali sahaja ketika mereka membuat pembayaran. Tawaran ini jika terlepas bermakna prospek anda tidak lagi akan dapat berpatah balik untuk mendapatkannya.

Lihat contoh OTO seperti gambar dibawah.

OTO akan terpapar selepas pembeli masukkan data mereka di Checkout Page.

Setup OTO

Log masuk ke Dashboard Marketing -> One Time Offer dan klik butang Create Offer Pada bahagian Name isikan maklumat yang melambangkan tawaran anda supaya senang untuk anda rujuk. Bahagian Title, masukkan headline untuk menarik perhatian pengguna supaya teruskan pembacaan. Bahagian Description masukkan detail mengenai tawaran anda. Klik pada Product Offer untuk pilih product yang anda nak tawarkan untuk sekali sahaja. Kebiasaanya di bahagian ini kita akan upsell dengan produk yang lebih mahal secara tak langsung akan meningkatkan conversion rate. Akhir sekali klik butang Save.