Lekirpay

Panduan penetapan akaun Lekirpay

Pendaftaran akaun Lekirpay

Klik di link ini http://app.lekirpay.com/validate?referralid=RL000316 untuk mula daftar akaun Lekirpay anda.

Bagi proses pendaftaran akaun Lekirpay anda perlu pastikan anda sudah :

  • Mempunyai SSM

  • Akaun semasa.

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Lekirpay.

Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Lekirpay

Untuk menghubungkan Lekirpay dengan website Commerce, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah ID, Lekirkey dan Lekir-signature Token.

Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Lekirpay anda boleh ikut langkah penetapan ini :

1. Log masuk ke akaun Lekirpay anda

2. Seterusnya pada bahagian Dashboard Lekirpay, anda boleh klik pada Tab Account

3. Seterusnya anda akan dapat lihat API anda disitu anda boleh klik pada text API tersebut, anda akan lihat ketiga tiga key yang akan diperlukan iaitu ID, Lekirkey dan Lekir-signature Key.

Anda boleh simpan ketiga-tiga key tersebut untuk kegunaan pada langkah seterusnya. Key yang anda perlu simpan ialah :

  • ID

  • Lekirkey

  • Lekir-signature Key

Penetapan di Commerce

Untuk proses penetapan payment gateway Lekirpay di Commerce anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan ketiga-tiga key tersebut kedalam setting payment gateway anda.

Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut langkah penetapan ini.

1. Log masuk kedalam akaun Commerce anda.

2. Seterusnya anda boleh klik pada tab Settings

3. Seterusnya, pada halaman Settings, anda boleh klik pada butang Payment options

4. Pada bahagian halaman Payment options, anda boleh klik butang Activate/Edit pada tab payment gateway Lekirpay

5. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman penetapan untuk payment gateway Lekirpay.

6. Anda perlu masukkan ketiga-tiga key yang telah disimpan iaitu ID, Lekirpay dan Lekir-signature Key

7. Setelah selesai anda boleh klik Save untuk simpan penetapan tersebut.

Sekiranya anda ingin memulakan transaksi sebenar, diminta untuk anda mematikan toggle Test Mode itu.

Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Commerce anda untuk melihat hasilnya.

Tahniah, proses penetapan Lekirpay anda telah pun selesai.

Last updated