Reviews
Last updated
Last updated
Untuk makluman setiap order yang telah ditetapkan status kepada Completed, pelanggan tersebut akan terima email untuk mereka memberi review terhadap pembelian mereka itu.
Pastikan anda telah aktifkan notifikasi review itu supaya sistem dapat menghantar email itu kepada pelanggan anda. Anda boleh semak penetapan itu pada penetapan Notifications store/website anda.
Setelah review itu dihantar oleh mereka, anda akan dapat lihat review itu didalam halaman ini.
Untuk paparkan review tersebut pada halaman produk itu yang tersendiri, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah:
Log masuk akaun Shoppegram Commerce
2. Klik pada Customers.
Klik pada Reviews
Klik pada review yang anda ingin paparkan/nyah paparkan
Kemudian, anda akan dibawa seperti halaman dibawah Jika anda ingin paparkan review ini dihalaman produk itu, anda perlu klik Approve. Manakala, jika anda ingin nyah paparkan review itu dari halaman produk itu, anda perlu klik Disapprove. Secara default, sistem akan tetapkan setiap review yang dihantar oleh pelanggan sebagai Disapprove. Untuk buang review itu dari website/store, anda boleh klik Delete.
Setelah anda selesai lakukan penetapan yang anda inginkan itu dan anda telah Approve review yang dihantar oleh pelanggan itu. Anda perlu lakukan penetapan di Customize themes pula untuk paparkan review itu.
Dari dashboard Shoppegram Commerce
Klik pada Online store
Klik pada Customize
Anda boleh klik pada tab Product/Product settings dan tick Yes pada penetapan Product reviews
Setelah selesai klik Save
Kini anda sudah dapat lihat paparan review itu didalam halaman produk itu yang tersendiri.
Untuk makluman, paparan warna bintang review tersebut akan bergantung pada penetapan warna yang anda tetapkan pada Button Buy now atau Primary color website/store anda itu.
Sistem juga hanya akan paparkan 5 review anda yang terkini sahaja di dalam halaman produk itu.