Pos Malaysia
Last updated
Last updated
Fungsi ini tersedia untuk plan Premium dan Ultimate sahaja.
Untuk makluman, bagi penetapan integration ini, anda perlu mempunyai:
Application Code
Account No
Secret ID
Username
Kesemua maklumat diatas ini anda boleh dapatkan dengan berhubung dengan sales/akaun manager Pos Malaysia anda.
Setelah anda mempunyai kesemua maklumat yang diperlukan untuk integration tersebut, anda boleh ikuti langkah dibawah untuk tetapkan ia di akaun Shoppegram anda.
Log masuk akaun Shoppegram Commerce anda.
Klik pada Settings
Klik pada Shipping provider
Klik Edit/Activate pada shipping provider Pos Malaysia
Kemudian, anda boleh masukkan kesemua maklumat itu diruangan yang tersedia dan klik Save.
Application Code
Anda boleh masukkan Application Code yang anda sudah dapatkan dari sales/akaun manager Pos Malaysia anda.
Account No
Anda boleh masukkan Account No yang anda sudah dapatkan dari sales/akaun manager Pos Malaysia anda.
Secret ID
Anda boleh masukkan Secret ID yang anda sudah dapatkan dari sales/akaun manager Pos Malaysia anda.
Username
Anda boleh masukkan Username yang anda sudah dapatkan dari sales/akaun manager Pos Malaysia anda.
Enable content
Anda boleh aktifkan toggle ini untuk pastikan details produk yang dibeli oleh pelanggan berada pada AWB order tersebut.
Enable Pos Malaysia
Anda perlu aktifkan toggle ini untuk pastikan anda boleh gunakan shipping provider Pos Malaysia ini.
Setelah selesai kini proses penetapan shipping provider Pos Malaysia anda kini sudah berjaya.
Tutorial penetapan pada bahagian untuk cara urus order bagi menjana Airway Bill di platform Pos Malaysia tanpa perlu log masuk dan hanya menggunakan platform Commerce sahaja.
Log masuk ke Dashboard Commerce -> Orders di panel kiri.
Pilih dan klik pada order yang anda ingin buat penghantaran menggunakan Pos Malaysia dan paparan akan keluar seperti dibawah. Klik butang Arrange shipment.
Tekan butang Create Shipment bewarna biru di sebelah penjuru kanan.
4. Seterusnya satu popup akan keluar, anda boleh klik pada Select Shipment Provider dan pilih Pos Malaysia. Kemudian klik pada Choose Services dan klik pada mana-mana courier service yang anda mahu guna. Harga telah ditentukan mengikut alamat yang ada pada order.
5. Seterusnya klik pada method dan pilih Dropoff atau Pickup.
Method :
Dropoff - Anda sendiri akan pergi ke pejabat pos berhampiran dan hantarkan barang.
Pickup - Pihak courier akan menghantar kenderaan untuk mengambil barang yang telah di pesan di alamat yang telah ditetapkan pada penetapan Location anda.
Biasanya Method Pickup akan dipilih bagi memudahkan para penjual.
Apabila Method Pickup dipilih, jadual akan dipaparkan untuk pilihan tarikh pengambilan oleh pihak courier. Klik pada tarikh yang anda mahukan dan kemudian klik butang Submit. Rujuk gambar dibawah.
Setelah klik butang Submit, order anda akan automatik mendapat tracking number seperti gambar dibawah.
Satu Airwaybill (AWB) terhadap order ini telah pun dijana secara automatik dan anda hanya perlu cetak AWB ini.
Setelah proses Add Shipment dibuat, semak di dalam Dashboard Pos Malaysia untuk pastikan maklumat yang dipaparkan adalah sama.