One-Time Offers
Tutorial penetapan OTO untuk kegunaan marketing bagi meningkatkan conversion rate.
Last updated
Tutorial penetapan OTO untuk kegunaan marketing bagi meningkatkan conversion rate.
Last updated
OTO adalah One-Time-Offer dimana anda boleh mencipta satu tawaran khas kepada pelanggan hanya sekali sahaja ketika mereka membuat pembayaran.
Kebiasaanya, produk yang ditawarkan adalah yang lebih mahal didalam bahagian ini secara tak langsung meningkatkan kadar jualan.
Tawaran ini jika terlepas bermakna prospek anda tidak lagi akan dapat berpatah balik untuk mendapatkannya.
Fungsi ini hanya tersedia untuk plan Premium dan Ultimate sahaja.
OTO akan terpapar selepas pembeli masukkan data mereka di Checkout Page.
Log masuk ke Dashboard Marketing(1) -> One Time Offers(2) dan klik butang Create Offer(3).
Masukkan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik butang Save.
Name
Maklumat yang melambangkan tawaran anda supaya senang untuk anda rujuk.
Title
Masukkan headline untuk menarik perhatian pengguna supaya teruskan pembacaan.
Description
Masukkan maklumat terperinci mengenai tawaran anda.
Product Offer
Pilih product yang anda nak tawarkan untuk sekali sahaja.