Omnisend
Tutorial Penetapan Omnisend
Last updated
Tutorial Penetapan Omnisend
Last updated
Untuk buat penetapan Omnisend, anda perlu dapatkan API Key dari Omnisend dan masukkan key yang telah anda dapatkan masuk kedalam sistem commerce.
Anda boleh log masuk kedalam akaun Omnisend di sini atau pada link ini: https://app.omnisend.com/login
Anda akan dibawa ke halaman Dashboard Omnisend, anda perlu tekan pada bahagian atas kanan dan dropdown yang ada disitu.
Anda boleh tekan pada Store Settings.
Setelah itu, anda boleh tekan pada API keys.
Pada ruangan ini, anda letakkan nama bagi API anda dan pilih "This API key will only allow to add new customers".
Setelah itu, anda boleh tekan pada ikon kertas untuk salin API Key untuk dimasukkan dalam sistem ecommerce.
Pada Dashboard Overview, anda boleh pergi ke Settings.
Selepas itu, anda boleh tekan pada Email Marketing Provider.
Pada halaman ini, anda akan perlu tekan butang Activate untuk mengaktifkan Omnisend dan tekan Edit.
Anda perlu masukkan API key yang anda telah dapat dari Omnisend kedalam ruang yang disediakan. Anda juga boleh letakkan Tag.
**Perhatian :
Tag - Digunakan untuk meletakkan pelanggan yang berdaftar kedalam kumpulan yang anda mahukan.
Jika anda ingin memasukkan Tag lebih dari satu, anda boleh letakkan koma pada Tag tersebut. Contoh : Marketing1,Marketing2
Pastikan anda hidupkan toggle Enable untuk menggunakan Omnisend.
Tahniah! Penetapan Omnisend anda telahpun berjaya.