Based on Country
Last updated
Last updated
Di dalam Commerce mempunyai fungsi berbentuk country yang anda boleh gunakan bagi membuat cara penghantaran untuk negara yang luar daripada Malaysia.
Untuk membuat penetapan shipping bagi setiap negara tersebut, ianya boleh dilakukan dengan menambah Shipping Zone yang baru.
1. Login ke akaun Commerce anda.
2. Klik pada Settings
3. Klik pada Shipping
4. Klik pada butang Add Shipping Zones
5. Masukkan sebarang nama yang melambangkan Zone Name anda. Sebagai contoh anda boleh masukkan nama negara.
6. Pilih negara yang anda inginkan.
7. Klik butang Save
** Untuk penetapan shipping bagi negara Brunei anda boleh membuat pemilihan daerah sekali.
Kini zon anda telah berjaya dicipta dan klik butang Edit pada zon khas tersebut.
8. Seterusnya klik pada tab Weight based rates
9. Klik Add rate
Isikan maklumat penghantaran khas anda pada ruangan ini Pada bahagian Name ini kalau boleh isikan lebih detail sedikit, kerana maklumat ini akan dipaparkan semasa pelanggan membuat pilihan penghantaran nanti. Pada bahagian Minimum weight dan Maximum Weight anda boleh masukkan berat minimum dan maksimum untuk rates tersebut. Masukkan harga yang anda mahukan pada bahagian Price. Setelah selesai, anda boleh klik butang Save
Setting yang telah ditetapkan tadi adalah. Semasa proses checkout dibahagian pengisian maklumat shipping. Pelanggan akan dapat membuat pemilihan country bagi shipping yang anda sudah tetapkan.
Jika Shipping untuk negara tersebut anda tidak tetapkan, maka semasa pemilihan country pelanggan tidak akan dapat lihat pemilihan untuk shipping ke negara tersebut.