Local Pickup
Last updated
Last updated
Untuk penetapan Local Pickup ini, ia membolehkan pelanggan anda untuk mengambil barang mereka melalui lokasi yang mereka telah pilih semasa checkout pada website anda. Apabila anda aktifkan penetapan Local Pickup ini, semasa di checkout nanti pelanggan anda akan diberi dua pilihan iaitu sama ada ingin menggunakan penghantaran jenis Ship atau Pickup.
Ship - Penjual akan menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar pesanan pelanggan mereka.
Pickup - Semasa mereka memilih penghantaran jenis Pickup tersebut, mereka akan dapat lihat lokasi yang mereka boleh pilih untuk ambil pesanan mereka.
Anda boleh setkan lokasi yang anda ingin jadikan sebagai lokasi pickup didalam penetapan Locations anda.
Buat masa sekarang anda tidak boleh asingkan stok produk anda mengikut lokasi yang anda inginkan. Jadi anda perlu pastikan bahawa setiap produk anda berada disetiap lokasi yang anda telah setkan.
Fungsi Local Pickup ini hanya terdapat pada plan Ultimate sahaja.
1. Anda perlu log in kedalam akaun Commerce anda terlebih dahulu
2. Klik pada Settings
3. Klik pada Locations
4. Klik Edit pada mana-mana address yang anda ingin jadikan sebagai lokasi pickup untuk pelanggan anda
5. Seterusnya pada penetapan Locations, anda boleh skroll kebawah untuk aktifkan toggle Enable this location local pickup
6. Pada penetapan Expected pickup time, anda boleh pilihan masa yang anda perlu ambil untuk siapkan pesanan pelanggan anda tersebut.
7. Pada ruangan Pickup instruction for email notification, anda boleh masukkan arahan yang anda ingin beri kepada pelanggan anda setelah mereka berjaya checkout.
8. Setelah selesai membuat kesemua penetapan tersebut, anda boleh klik Save
Kini penetapan Local pickup anda sudah berjaya.
Untuk penetapan Local Pickup ini, pelanggan akan menerima email berkaitan pesanan yang mereka lakukan tersebut didalam email mereka. Bagi pengguna kami yang lama, anda perlu pastikan anda menggunakan template Email Notifications Order Confirmation yang terkini. Jika anda tidak menggunakan template email yang terkini, pelanggan anda tidak akan dapat lihat arahan dan lokasi pickup yang anda tetapkan.
Untuk pastikan anda menggunakan template email notifications yang terkini anda boleh rujuk cara penetapan ini :
1. Log in kedalam akaun Commerce anda
2. Klik pada Settings
3. Klik pada Notifications
4. Klik Edit pada tab Order Confirmation
5. Klik pada butang More
6. Klik pada butang Restore to default
Kini anda sudah mendapatkan template email notifications Order Confirmation yang terkini.