Variants Setup
Last updated
Last updated
**Penting: Sebelum anda meneruskan penetapan ini, pastikan anda telah lakukan penambahan options pad produk anda terlebih dahulu.
1. Masukkan nama Variant yang pertama pada perkataan Default contohnya saiz S.
2. Klik butang Save (Skrol kebawah untuk lihat butang tersebut).
3. Seterusnya untuk tambah lagi variant hanya perlu klik butang Add variant.
4. Masukkan maklumat bagi variant kedua untuk produk tersebut.
Name
Nama variant untuk produk anda
Price
Harga yang pelanggan perlu bayar untuk variant ini
Compare at price
Harga asal sebelum diskaun dan sebagainya. Pastikan nilainya lebih tinggi dengan nilai price anda.
Manage stock
Anda boleh aktifkan toggle ini sekiranya variant ini mempunyai stok. **Jika tidak dihidupkan, stock product anda dikira Unlimited.
Stock
Anda boleh masukkan stok untuk variant ini sekiranya anda aktifkan toggle Manage stock tersebut. Pastikan anda masukkan kuantiti stok pada lokasi default store anda.
SKU
SKU ialah ringkasan untuk Stock Keeping Unit. Anda boleh masukkan text/nombor yang anda inginkan sekiranya anda ingin lihat data sales anda mengikut SKU ini dan bukannya nama variant anda.
Weight
Anda perlu masukkan berat untuk variant ini untuk proses penghantaran nanti
Ulang proses ini untuk variant yang seterusnya.
**Perhatian : Bahagian SKU adalah untuk memantau data bagi produk anda dan bukan untuk kemaskini stok.
Pada bahagian ini anda dapat melihat perubahan atau jejak kuantiti yang dilakukan pada bahagian stok produk. 1. Klik pada View inventory logs.
Pada ruangan ini akan tercatat segala perubahan yang dilakukan pada bahagian quantity stock produk.
Alamat
Anda boleh menukar alamat pada ruangan ini untuk melihat perubahan logs berdasarkan lokasi.
Date
Tarikh setiap perubahan dilakukan.
Activity
Merujuk pada perkara yang anda lakukan semasa mengubah kuantiti stok
Adjusted by
Merujuk kepada penama/siapa yang melakukan perubahan kepada stock tersebut.
Available
Merujuk kepada nilai terbaru stock
Untuk lakukan penambahan stok produk, anda perlu masukkan kedalam ruang yang telah disediakan. Anda hanya perlu tekan dropdown itu sahaja.
Selepas itu, anda boleh pilih sebab atau maklumat yang berkaitan dengan perubahan stok produk anda.
Anda akan lihat nilai kemaskini terbaru bagi stok produk anda.
Jika butang Manage Stock tidak dihidupkan, produk anda akan dikira mempunyai stok tanpa had (unlimited).
Jika anda menekan butang View Inventory Logs, anda akan lihat senarai maklumat bagi perubahan stok produk anda.
Lihat hasil variant anda dengan klik butang Preview pada tab Item
Minimum varians adalah 1 dan maksimum bagi varians didalam 1 produk adalah 30.
Sekiranya anda lakukan penetapan Manage stock pada variants anda, pastikan anda masukkan kuantiti stok pada locations default store anda. Jika tidak pelanggan masih tidak boleh lakukan pembelian pada store anda kerana kuantiti stok pada lokasi default store anda tidak di isi.