Google Tag Manager
Tutorial cara membuat tetapan untuk Google Tag manager bagi tujuan tracking dan lain-lain
Last updated
Tutorial cara membuat tetapan untuk Google Tag manager bagi tujuan tracking dan lain-lain
Last updated
Google tag manager (GTM) adalah satu alat yang membolehkan segala aktiviti di dalam website kita dikesan bagi tujuan pengumpulan data supaya penambahbaikan dapat dilakukan.
Untuk pengetahuan semua, Google Tag Manager boleh mengandungi pelbagai Tracking Tools contohnya seperti :
Facebook Pixel
Google Analytic
Google Search Console dan lain-lain.
Terdapat beberapa langkah untuk integrate Google Tag Manager ke dalam Commerce iaitu: -
Daftar Google Tag Manager
Dapatkan dan simpan GTM ID
Masukkan GTM ID ke dalam Commerce
Pergi ke link berikut https://tagmanager.google.com/ dan daftar menggunakan gmail anda adalah langkah paling mudah.
**Perhatian: Sekiranya anda menggunakan Google Chrome dan sedang log masuk ke dalam email anda, ianya akan automatik mendaftar dan dibawa ke halaman Dashboard GTM seperti gambar di bawah.
Klik butang Create Account
Masukkan maklumat yang diminta pada ruangan yang telah disediakan. Biarkan kotak Share data anonymously with Google and others menjadi kosong.
Pada bahagian target platform klik pada Web.
Klik butang Create dan accept policy selepas itu klik butang Create.
Seterusnya paparan seperti di bawah akan keluar
Pada ruangan kotak pertama anda akan lihat ID anda seperti yang telah di highlight di bawah yang bermula dengan GTM-xxxxx
**Perhatian: Simpan ID tersebut termasuk perkataan GTM.
Log masuk ke dashboard Commerce pergi ke Online Store -> Preferences https://my.shoppegram.com/preferences
Masukkan GTM ID yang telah di simpan tadi di dalam ruangan Google Tag Manager.
Klik butang Save dan kini website anda telah pun di link kan dengan GTM.