Google reCAPTCHA V3
Last updated
Last updated
Sebelum anda ikuti langkah di bawah, pastikan anda telah mempunyai akaun Google recaptcha. Jika anda masih belum mempunyai akaun tersebut, anda boleh lakukan pendaftaran pada link dibawah:
Terdapat 2 data yang anda perlukan untuk integration Google recaptcha ini dengan sistem Shoppego:
Site key
Secret key
Anda boleh dapatkan data tersebut melalui terus pergi ke halaman pada link ini: https://www.google.com/recaptcha/admin/create
Kemudian, masukkan maklumat yang diminta untuk penetapan captcha anda itu dan klik Submit
Nanti, anda akan dapat lihat Site key dan Secret key anda itu. Anda boleh copy untuk dimasukkan di dalam penetapan pada dashboard Shoppego nanti.
Log masuk kedalam akaun Shoppego anda
Klik pada Settings
Klik pada Captcha providers
Klik pada butang Activate/Edit untuk jenis provider "Google's reCAPTCHA v3"
Kemudian, anda boleh masukkan Site key dan Secret key Google reCAPTCHA anda itu pada ruangan yang disediakan.
Setelah selesai klik Save
Kini penetapan anda sudah selesai. Anda sepatutnya dapat lihat paparan logo Google Recaptcha itu nanti pada halaman yang mempunyai "Forms" dan juga halaman "Log masuk" dan "Sign up" website anda itu.