Forms
Last updated
Last updated
Di Shoppegram anda kini sudah boleh cipta page anda yang tersendiri dan mempunyai element form bagi pengumpulan data maklumat pelanggan anda.
Untuk contoh penetapan, anda boleh pergi pada bahagian:
Log masuk kedalam akaun Shoppegram anda
Klik pada Forms
Klik pada butang Add form
Kemudian, masukkan Title page anda yang mempunyai form itu dan klik Save
Kini, page anda yang khas dengan element form telah berjaya dicipta.
Seterusnya, anda boleh teruskan dengan penetapan untuk design page anda itu.
Anda boleh klik pada butang Edit with Builder
Nanti, anda akan dibawa ke halaman editor builder kami dan design seperti biasa page anda itu menggunakan editor builder kami.
Untuk lihat halaman anda itu pada live website, anda boleh klik pada butang Preview
Anda boleh klik pada butang Duplicate untuk anda cipta page form yang baru dengan menggunakan design atau penetapan form sedia ada anda ini.
Kemudian, anda boleh masukkan info bagi form anda yang baru itu dan lakukan pemilihan penetapan yang anda ingin bawa ke form yang baru tersebut.
Setelah selesai klik Duplicate
Anda boleh bawa masuk file JSON yang dicipta menggunakan sistem Shoppegram kedalam page form anda ini dengan cara, klik pada butang More
Kemudian, klik pada butang Import JSON dan lakukan pemilihan file anda itu dari dalam peranti anda.
Anda boleh delete form didalam page anda itu dengan cara, klik pada butang More
Kemudian, lakukan pemilihan Delete form
Anda boleh lihat penetapan field form anda itu pada bahagian, klik pada butang Fields
Pada halaman ini, anda boleh lihat field-field yang terdapat pada form anda itu. By default, sistem akan automatik cipta 3 jenis field(Name, Email & Phone) untuk anda dan anda tidak boleh padam/buang field tersebut.
Anda boleh lakukan penambahan field yang baru dengan cara klik pada butang Add field
Kemudian, masukkan info-info yang diperlukan untuk field anda itu:
Setelah selesai klik Save
Kini Field anda sudah berjaya dicipta.
Anda boleh edit/ubah penetapan field sedia ada dengan cara klik pada butang ikon pensil itu.
Kemudian, lakukan perubahan yang anda inginkan dan klik Save
Anda boleh padam field yang anda inginkan itu, dengan cara klik pada butang ikon tong sampah pada field tersebut. Perlu di ingatkan anda hanya boleh delete field yang dibenarkan sahaja.
Anda juga boleh tetapkan webhook yang khas untuk trigger dari form anda ini. Untuk lakukan penetapan itu, anda boleh klik pada butang Webhooks
Kemudian, klik pada butang Add webhook
Setelah anda masukkan info penetapan webhook anda itu, anda boleh klik Save
Setelah selesai, anda boleh lakukan percubaan untuk submit form anda itu bagi trigger webhook tersebut di platform yang anda gunakan.
Untuk padam/buang webhook yang anda sudah cipta itu, anda boleh klik pada butang ikon tong sampah
Anda boleh lihat penetapan lain yang anda boleh lakukan untuk proses submission form anda itu dengan klik pada butang Preferences
Kemudian, anda boleh lakukan penetapan yang anda inginkan itu:
Setelah anda selesai lakukan penetapan anda itu, pastikan anda klik pada butang Save
Untuk anda lihat kesemua data leads yang masuk, anda perlu pergi ke halaman Leads. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada butang tab di bawah ini:
Penetapan | Penerangan |
---|---|
Penetapan | Penerangan |
---|---|
Penetapan | Penerangan |
---|---|
Provide a name for your new form
Anda boleh masukkan nama baru untuk form anda yang akan dicipta.
Preferences
Anda boleh tick pada toggle ini untuk bawa sekali penetapan "Preferences" anda itu ke form yang baru dicipta.
Form fields
Anda boleh tick pada toggle ini untuk bawa sekali penetapan "Fields" anda itu ke form yang baru dicipta.
Webhooks
Anda boleh tick pada toggle ini untuk bawa sekali penetapan "Webhooks" anda itu ke form yang baru dicipta.
Label
Tajuk bagi field anda ini, ianya akan dipaparkan pada pelanggan.
Name
ID bagi field anda ini, ianya tidak akan dipaparkan pada pelanggan.
Visible
Anda boleh tick pada toggle ini untuk paparkan ruangan field ini pada form anda.
Required
Anda boleh tick pada toggle ini untuk pastikan pelanggan perlu isi ruangan field ini terlebih dahulu untuk membolehkan mereka submit form anda ini.
Facebook Pixel ID
Anda boleh masukkan FB pixel ID anda.
Submit button text
Anda boleh ubah teks submit button form anda itu kepada teks yang lain
Footer text
Anda boleh paparkan teks dibawah form anda itu
Action after form submission
Anda boleh tetapkan halaman yang anda ingin bawa apabila pelanggan submit form anda ini. 1. Go to default thank you page = Bawa pelanggan ke halaman thank you page 2. Redirect to URL address = Bawa pelanggan ke halaman yang anda inginkan
Thank-You Page > Title
Anda boleh ubah title teks pada halaman thank you page form anda itu(Halaman selepas pelanggan submit form)
Thank-You Page > Body
Anda boleh ubah body teks pada halaman thank you page form anda itu(Halaman selepas pelanggan submit form)