Delyva
Last updated
Last updated
Penetapan ini mengandungi 3 bahagian iaitu :
Fungsi ini tersedia untuk plan Premium dan Ultimate.
Bahagian 1: Di platform Delyva
Bahagian 2: Di platform Commerce
Bahagian 3: Cara Fulfill Order
Pastikan anda sudah mempunyai akaun Delyva.
Log masuk ke akaun Delyva.
2. Di dalam Dashboard, klik pada Nama anda di bahagian penjuru kanan atas.
Klik pad tab Settings.
3. Klik pada tab API Integrations.
Di page API Integrations, anda boleh dapatkan ketiga-tiga key yang diperlukan untuk integrations dengan sistem Commerce.
1. Di dalam halaman API Integrations tersebut anda boleh dapatkan nilai Company ID anda. Anda boleh rujuk paparan dibawah :
1. Di dalam halaman API Integrations tersebut anda boleh dapatkan nilai Customer ID anda. Anda boleh rujuk paparan dibawah :
1. Didalam halaman API Integrations tersebut, anda boleh klik butang Add new key.
2. Kemudian nanti akan keluar popup untuk anda masukkan nama bagi API key anda.
Anda boleh masukkan sahaja nama yang anda inginkan sebagai rujukan anda.
3. Setelah selesai, anda boleh klik butang Create & View.
4. Nanti akan ada paparan yang menunjukkan API key anda.
5. Anda boleh klik butang Copy untuk salin API key tersebut untuk dimasukkan didalam sistem Commerce.
6. Setelah anda masukkan atau simpan API key tersebut, anda boleh klik Done.
1. Log masuk ke Dashboad Commerce -> Settings -> Shipping Providers.
Klik butang Activate/Edit pada ruangan Shipping Provider Delyva.
Masukkan maklumat Company ID, Customer ID dan API key yang anda dapatkan pada langkah Penetapan di Bahagian 1.
Setelah anda masukkan kesemua maklumat tersebut, anda boleh klik Save. Rujuk gambar di bawah.
Pastikan kotak Enable Delyva (Matdespatch) ditandakan dengan klik pada kotak tersebut.
Kini Commerce anda telah siap di hubungkan dengan platform Delyva.
Pastikan akaun anda mempunyai kredit yang cukup untuk menggunakan sistem Delyva.
Tutorial penetapan pada bahagian untuk cara urus order bagi menjana Airway Bill di platform Delyva tanpa perlu log masuk dan hanya menggunakan platform Commerce sahaja.
Log masuk ke Dashboard Commerce -> Orders di panel kiri.
Pilih dan klik pada order yang dibuat penghantaran menggunakan Delyva dan paparan akan keluar seperti dibawah. Klik butang Arrange shipment.
Tekan butang Create Shipment bewarna biru di sebelah penjuru kanan. Klik pada Select Shipment Provider dan pilih Delyva.
4. Klik pada Choose Services. Klik pada mana-mana courier service yang anda mahu guna. Harga telah ditentukan mengikut alamat yang ada pada order.
5. Seterusnya klik pada method dan pilih Dropoff atau Pickup.
Method :
Dropoff - Anda sendiri akan pergi ke pejabat pos berhampiran dan hantarkan barang.
Pickup - Pihak courier akan menghantar kenderaan untuk mengambil barang yang telah di pesan di alamat yang telah ditetapkan pada penetapan Location anda.
**Nota : Jika anda menggunakan penghantaran jenis Cash On Delivery (COD), pastikan anda telah memilih service jenis COD dan hidupkan toggle Enable COD.
Biasanya Method Pickup akan dipilih bagi memudahkan para penjual.
Apabila Method Pickup dipilih, jadual akan dipaparkan untuk pilihan tarikh pengambilan oleh pihak courier. Klik pada tarikh yang anda mahukan dan kemudian klik butang Submit. Rujuk gambar dibawah.
Setelah klik butang Submit, order anda akan automatik mendapat tracking number seperti gambar dibawah.
Satu Airwaybill (AWB) terhadap order ini telah pun dijana secara automatik dan anda hanya perlu cetak AWB ni dari platform Delyva.
Setelah proses Add Shipment dibuat, semak di dalam Dashboard Delyva untuk pastikan maklumat yang akan keluar adalah sama.
Kemaskini Tracking kepada customer setelah pihak courier mengambil barang. Klik pada Order tersebut dan paparan adalah seperti gambar di bawah. Seterusnya klik pada Add Tracking.
Klik pada carrier dan pilih nama Carrier(1) untuk order tersebut yang telah ditetapkan semasa proses Add Shipment. Klik butang Save(2).
Apabila butang Save ditekan, pelanggan anda akan mendapat email nombor tracking mereka secara automatik dari sistem Commerce. Nombor tracking ini juga akan keluar di sebelah kanan order anda apabila ianya di Save.
Anda juga boleh perhatikan pada orders list untuk lihat bahawa order tersebut telah diletakkan nombor tracking.
Tekan ikon i pada Fullfillment untuk anda semak tracking number order tersebut.
Untuk cetak Airwaybill (AWB), anda perlu log masuk ke dalam akaun Delyva, dan klik pada ikon printer untuk print AWB tersebut.
Klik ikon print untuk cetak Airwaybill(AWB) ini dan tampalkan pada parcel anda.