Configuration Error
Last updated
Last updated
Anda mempunyai isu data Purchase pada akaun ads manager tidak sama dengan order sebenar di website?
Ramai yang gunakan Purchase Count dalam ads manager untuk track purchase. Sebenarnya cara ni kurang tepat.
Untuk dapatkan data purchase yang tepat pada ads manager, anda kena gunakan UNIQUE purchase data. Unique bermaksud, FB hanya akan ambil data dari purchaser yang IP address unik sahaja. Jika pelanggan refresh banyak kali Thank You Page, events Unique Purchase masih lagi dikira sekali sahaja kerana dari alamat IP/orang yang sama.
Masih ramai lagi yang tersalah install atau salah setup Facebook Pixel dengan betul. Macam mana nak troubleshoot?
Pergi events manager pixel, test events. Masukkan URL website. Jalankan satu persatu standard event dari masuk homepage, add to cart / initiate checkout hinggalah ke purchase. Sekiranya semua event detected dengan normal. Pixel anda OK.
Situasi : Standard events trigger lebih dari sekali / duplicated?
Sekiranya berlaku isu begini, check pada Pixel settings -> Event Setup -> Pastikan anda OFF "Track events automatically without code"
Ini adalah setting yang menyebabkan isu data yang berlebihan iaitu purchase dalam ads manager lagi banyak dari purchase sebenar dan ia akan menggangu code original untuk track standard events.
Pro tips: Jika ingin test Pixel dengan chrome extension pixel helper, pastikan anda Disabled AdBlocker (jika ada).
Jika anda mempunyai masalah berkenaan dengan Facebook Pixel anda dimana data anda tidak selaras (tally), anda boleh rujuk pada link tutorial untuk lakukan troubleshoot: