Purchase Limit
Last updated
Last updated
Purchase limit merupakan satu fungsi untuk menghadkan pembelian sesuatu product mengikut variants.
Fungsi ini hanya tersedia pada plan Ultimate sahaja.
Berikut merupakan langkah langkah untuk penetapan purchase limit.
Log masuk ke bahagian Dashboard.
2. Klik pada bahagian Products
3. Klik Add product untuk menggunakan produk yang baru atau anda boleh tekan butang Edit pada product yang sedia ada. Untuk tutorial ini akan menggunakan produk sedia ada.
4. Klik pada tab Purchase limit
5. Klik pada Add purchase limit
6. Pada bahagian ini anda perlu tetapkan purchase type limit, variant dan quantity atau weight.
Purchase type limit
Anda boleh tetapkan sama ada, anda ingin hadkan mengikut kuantiti atau berat pada bahagian ini.
Select variant
Variant produk yang anda ingin hadkan pembelian untuk pelanggan.
Minimum quantity/Minimum weight
Minimum kuantiti/berat sesuatu variant.
Maximum quantity/Maximum weight
Maksimum kuantiti/berat sesuatu variant.
7. Setelah penetapan dilakukan tekan butang Save
8. Pada bahagian add to cart. Jika pelanggan memasukkan quantity lebih dari yang disetkan maka mereka tidak boleh teruskan ke halaman checkout kerana melebihi had kuantiti pembelian variant yang anda sudah tetapkan.