Footer Menu
Tutorial cara membina Footer Menu
Last updated
Tutorial cara membina Footer Menu
Last updated
Untuk membuat tetapan pada menu terdapat 2 langkah iaitu:-
Membina Page/Category
Rujuk tutorial bina page di link berikut: Pages
Rujuk tutorial bina category di link berikut: Categories
Mencipta menu kepada page/category.
Tutorial ini akan terus kepada langkah kedua. Sekiranya Page atau Categories masih lagi belum dicipta boleh ikuti tutorial seperti link di atas.
Log masuk ke dashboard dan pergi kepada Online Store -> Menus. Paparan seperti di bawah akan keluar.
Klik pada butang Add Menu. Masukkan perkataan Footer menu pada ruangan Title.
**Perhatian: Pastikan ejaan dan huruf besar atau kecil adalah sama. seperti di dalam gambar di bawah.
Klik butang Save
Seterusnya footer menu yang bari dicipta sebentar tadi akan terpapar. Klik pada tab Menu items
Paparan selepas klik tab Menu items
Seterusnya klik butang Add menu item. Pada ruang Title masukkan apa-apa nama yang melambangkan page anda.
Pada ruang link masukkan handle sahaja. Contoh adalah seperti dibawah.
Pages : /pages/nama-page-anda
Categories : /categories/nama-category-anda
**Perhatian: Pastikan anda tidak meletakkan jarak antara / dan Nama page anda. Perkara sama juga untuk Categories.
Sebagai contoh:
/pages/<->nama-page-anda ❌
/pages/nama-page-anda ✅
Terdapat dua cara untuk dapatkan link mengikut interface builder anda:
Pages: Pergi ke Online store -> Pages-> klik butang Edit pada Nama page dan copy URL.
Pages: Pergi ke Online store -> Pages-> Edit -> More -> Settings -> SEO -> copy URL.
Categories: Pergi ke Products -> Categories -> klik Edit pada categories -> klik tab SEO copy URL.
Paste kan URL tu pada ruangan Link. Contoh adalah seperti gambar di bawah.
**Perhatian: Sila pastikan ejaan pada Link menu items yang anda telah salin dari SEO Page dan SEO Categories adalah sama.
Klik butang Add.
Kini anda boleh cuba lihat pada homepage akan terpapar satu footer menu yang baru diciptakan sebentar tadi iaitu menu New Arrival