Variants
Penetapan varians
Penetapan varians
**Perhatian: Penetapan maksimum bagi Varians adalah 100 sahaja.
Product variants digunakan untuk membuat lebih dari satu pilihan bagi produk yang sama:
Sebagai contoh :
Produk baju yang mempunyai banyak saiz.
Produk kayu mempunyai banyak ukuran.
Variants juga boleh digunakan sebagai pilihan untuk membuat produk kombo.
Variants for Combo Promo**Perhatian: Sebelum anda meneruskan tutorial ini pastikan anda telah menambahkan produk anda terlebih dahulu dan Save produk tersebut.
**Perhatian: Pastikan anda telah lakukan penambahan Options(Button/Dropdown/Swatch) pada produk anda terlebih dahulu, jika anda ingin lakukan penambahan variants pada produk anda.
Akses Variants
Log masuk ke Dashboard Commerce anda.
Klik pada Products
Klik pada All Products
Klik pada nama produk yang anda ingin tambah/ubah Variants.
Untuk penambahan variants, pastikan anda telah lakukan penambahan Options(Button/Dropdown/Swatch) terlebih dahulu pada produk tersebut.
Seterusnya klik pada tab Variants
Secara default untuk setiap produk akan keluar Default variant.
Inventori
1 : View Inventory Logs
**Perhatian : Bahagian SKU adalah untuk memantau data bagi produk anda dan bukan untuk kemaskini stok.
Pada bahagian ini anda dapat melihat perubahan atau jejak kuantiti yang dilakukan pada bahagian stok produk. 1. Klik pada View inventory logs.
Pada ruangan ini akan tercatat segala perubahan yang dilakukan pada bahagian quantity stock produk.
Alamat
Anda boleh menukar alamat pada ruangan ini untuk melihat perubahan logs berdasarkan lokasi.
Date
Tarikh setiap perubahan dilakukan.
Activity
Merujuk pada perkara yang anda lakukan semasa mengubah kuantiti stok
Adjusted by
Merujuk kepada penama/siapa yang melakukan perubahan kepada stock tersebut.
Available
Merujuk kepada nilai terbaru stock
2 : Stok Produk
Untuk lakukan penambahan stok produk, anda perlu masukkan kedalam ruang yang telah disediakan. Anda hanya perlu tekan dropdown itu sahaja.
Selepas itu, anda boleh pilih sebab atau maklumat yang berkaitan dengan perubahan stok produk anda.
Anda akan lihat nilai kemaskini terbaru bagi stok produk anda.
Jika butang Manage Stock tidak dihidupkan, produk anda akan dikira mempunyai stok tanpa had (unlimited).
Jika anda menekan butang View Inventory Logs, anda akan lihat senarai maklumat bagi perubahan stok produk anda.
Last updated