Page Metafield
Last updated
Last updated
Features page metafield ini membolehkan anda salin template landing page anda dan letakkan pada page yang lain.
Untuk menggunakan features ini, anda boleh rujuk link ini :
1. Log in ke akaun Shoppegram anda.
2. Klik pada Online store
3. Klik pada Metafields
4. Klik pada Pages
5. Klik pada page yang anda ingin copy template page tersebut.
6. Klik Edit pada tab json
7. Anda boleh copy kesuluruhan text dibahagian tab Value
Jika anda ingin import sales page ini kedalam akaun lain, anda boleh Save text yang anda telah copy didalam tab Value itu kedalam komputer anda yang tersendiri sebagai fail .json.
Setelah anda copy json tersebut, anda boleh cipta 1 new page untuk kegunaan metafield tersebut
1. Pergi semula ke Dashboard Shoppegram anda.
2. Klik pada Online store
3. Klik pada Pages
4. Klik pada Add page
5. Seterusnya anda boleh isikan maklumat title(Mengikut kemahuan anda) untuk page tersebut dan klik Save
6. Setelah selesai, anda boleh klik semula pada page tersebut.
7. Klik pada Edit with builder
8. Di Page builder tersebut, anda boleh masukkan mana - mana element. Sebagai contoh anda boleh drag element button dan masukkan kedalam ruangan Page builder tersebut.
Setelah selesai cipta page tersebut menggunakan page builder, anda boleh masukkan data json tersebut kedalam page yang anda baru cipta.
1. Anda boleh pergi semula ke Dashboard Shoppegram anda.
2. Klik pada Online store
3. Klik pada Metafields
4. Klik pada Pages
5. Klik pada page yang anda baru cipta sebentar tadi
6. Klik Edit pada tab json.
7. Seterusnya, anda boleh pastekan code json yang anda baru copy pada langkah sebelum ini dan pastekan pada ruangan Value.
8. Setelah selesai anda boleh klik Save.
Jika tiada sebarang perubahan pada halaman tersebut, anda boleh lakukan sedikit perubahan pada page builder halaman ini.