Facebook Pixel
Tutorial untuk konfigurasi Facebook Pixel bagi pengguna di Shoppegram
Last updated
Tutorial untuk konfigurasi Facebook Pixel bagi pengguna di Shoppegram
Last updated
Commerce telah memudahkan urusan untuk pengguna setup Facebook pixel dengan hanya perlu masukkan Facebook Pixel ke dalam penetapan Preferences Commerce sahaja. Sangat mudah! Tidak perlu melibatkan penetapan yang berkaitan dan melibatkan coding.
Penggunaan Facebook Pixel lebih dari satu tersedia untuk plan Premium dan keatas.
Facebook Pixel adalah sebuah Tracking Mechanism atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Mekanisma Penjejak untuk menjejaki pelawat yang masuk ke website anda.
Satu cara yang paling terbaik untuk setup Facebook Pixel adalah dengan menggunakan Meta Business Suite. Jadi anda perlu daftar Facebook Business Manager untuk penetapan Facebook Pixel ini.
Klik link ini untuk ke Facebook Business Manager https://business.facebook.com/
2. Klik pada Cipta Akaun (Create Account) untuk mendaftar.
3. Isikan nama mengenai perniagaan anda dan pada ruangan tersebut, anda perlu isi juga bagi ruangan Your Name dan juga Business Email Address, setelah selesai, anda boleh tekan Submit.
4. Satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan. Anda perlu buka dan sahkan emel tersebut.
5. Setelah itu, paparan yang anda akan terima adalah seperti dibawah.
6. Setelah itu, anda perlu tekan ikon ≣ yang telah di-highlight dan pergi ke Business Settings.
Anda boleh pergi ke Accounts dan kemudian pilih Ad Accounts. Setelah itu, anda boleh tekan butang Add. Tujuan anda mencipta Akaun Ads adalah untuk hubungkan dengan akaun Meta Business Suites anda dan bagi memudahkan anda untuk menjalankan iklan.
2. Akan terpapar 3 pilihan seperti di dalam gambar di bawah.
Pilihan : Add an Ad Account - Sekiranya akaun Facebook peribadi anda sudah mempunyai Akaun Ads. Anda boleh gunakan pilihan ini untuk pindahkan dari akaun personal masuk ke Business Account ni.
Pilihan : Request to an Ad Account - Gunakan pilihan ini sekiranya anda menguruskan iklan bagi pihak orang lain.
Pilihan : Create a New Ad Account - Pilihan ini adalah bagi mereka yang baru nak buat iklan atau tak mahu ada kaitan dengan akaun ads yang sebelum ini.
Untuk langkah penetapan ini, pilihan Create a New Ad Account akan dibuat bagi memudahkan semua peringkat dapat belajar dan ikuti langkah seterusnya bagi penetapan ini.
3. Klik Create a New Ad Account
4. Masukkan Maklumat dan pilih currency MYR - Malaysian Ringgit untuk pastikan akaun iklan anda sentiasa menggunakan nilai mata wang Ringgit Malaysia dan terus klik butang Next.
5. Tandakan pada My Business dan klik Create.
6. Seterusnya anda akan dibawa kepada bahagian Assign. Bahagian ini adalah untuk mengagihkan kuasa bagi Ad Akaun yang telah dibina sebentar tadi.
**Pastikan anda tandakan pada Nama di sebelah panel kiri dan juga tandakan pada Manage Ad Account untuk berikan kuasa mutlak/penuh pada diri anda sendiri.
Dan klik butang Assign.
7. Pada halaman ini, anda akan diberi pilihan iaitu Add Payment Info atau Close, untuk tutorial ini, kita akan memilih untuk Close, tetapi bagi yang mahu menjalankan Ads, anda perlu membuat Add Payment Info.
8. Untuk prompt yang ini, anda perlu memilih Exit.
Di panel kiri, anda perlu klik pada Data Sources dan klik pada Pixels. Seterusnya klik butang Add. Tujuan Facebook Pixel adalah untuk anda melihat aktiviti pengguna didalam laman web anda.
Boleh masukkan URL link website anda di sini atau nama domain atau anda boleh juga biarkan kosong dan tekan Continue.
Pada gambar di bawah, anda akan dapat lihat ID bagi Facebook Pixel ID anda. Anda perlu simpan untuk penetapan di Commerce. Selepas itu, anda perlu tekan pada Open in Events Manager.
Kini Pixel anda telah berjaya dicipta tetapi belum lagi dapat digunakan. Klik pada Set up the Pixel Now.
Log masuk ke Dashboard Overview Commerce anda dan klik pada Online Stores.
Kemudian anda perlu pilih Preferences.
3. Selepas itu, anda boleh masukkan Facebook Pixel ID anda kedalam ruangan yang disediakan.
Tahniah! Pixel anda telah pun berjaya di tetapkan dalam Commerce.
Perhatian: Penetapan test events ini penting dan perlu dilakukan sebelum anda gunakan Pixel ini untuk penetapan ads anda. Hal ini bagi memastikan setiap events anda dapat ditrigger seperti biasa dan tiada sebarang masalah.
Untuk lakukan penetapan bagi Test Event bagi Pixel yang anda baru cipta, anda boleh tekan pada Test events dan kemudian masukkan nama website anda atau domain anda ke dalam ruangan yang disediakan. Dan kemudian anda boleh tekan Open Website.
2. Selepas itu, anda akan dibawa ke laman web anda dan anda boleh cuba untuk lakukan test event seperti Page View, Add to Cart, dan sebagainya.
3. Anda perlu semak semula data event yang telah di-triggered, jika data yang keluar adalah sama, ini bermakna penetapan Facebook Pixel anda telah betul dan tiada masalah.
Jika Facebook Pixel anda bermasalah, boleh rujuk tutorial di bawah ini :