Google Analytics

Google Analytics (GA) adalah satu alat yang membolehkan anda pantau segala aktiviti di dalam website anda bagi tujuan pengumpulan data supaya penambahbaikan flow website anda dapat dilakukan. Untuk penetapan Google Analytics ini di Pages, anda hanya perlu dapatkan Google Analytics ID untuk dimasukkan didalam Landigram. Anda boleh rujuk penetapan dibawah untuk mendapatkan Google Analytics dan masukkan didalam sistem Pages.

Bahagian 1 : Log masuk/Daftar akaun Google Analytics anda

1. Anda boleh log masuk kedalam akaun Google Analytics anda terlebih dahulu. Anda boleh klik pada link ini: https://analytics.google.com/analytics/web/

2. Seterusnya anda boleh klik pada butang Admin didalam dashboard anda.

3. Sekiranya anda masih belum mempunyai Google Analytics Tracking ID anda boleh klik pada Create Property. Sekiranya anda sudah ada Google Analytics Tracking ID, anda boleh skip terus pada langkah 8 Bahagian 1 ini.

4. Seterusnya, anda boleh masukkan maklumat yang diinginkan oleh mereka seperti pada paparan dibawah. Setelah anda selesai masukkan maklumat tersebut, klik Next Property name : Nama tracking ini untuk memudahkan anda pantau data Reporting time zone : Pastikan anda pilih Malaysia Currency : Pastikan anda pilih Malaysian Ringgit(MYR)

5. Seterusnya, anda perlu masukkan sedikit maklumat tentang bisnes anda untuk tujuan survey dan pengumpulan data serta penambah baikan sistem mereka. Setelah anda selesai masukkan kesemua maklumat anda boleh klik pada butang Create

6. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke halaman Data streams. Anda boleh klik pada butang Web

7. Kemudian anda akan diminta untuk masukkan maklumat Website URL dan Stream name(Bagi rujukan anda). Setelah anda selesai masukkan maklumat tersebut, anda boleh klik pada butang Create stream

8. Setelah selesai, anda akan dapat lihat Google Analytics ID anda pada bahagian Measurement ID. Anda boleh copy ID tersebut untuk dimasukkan pada penetapan Google Analytics ID pada projek Pages anda nanti.

Bahagian 2 : Penetapan di Pages

1. Anda perlu log masuk kedalam akaun Pages

2. Klik pada projek yang anda ingin gunakan untuk penetapan Google Analytics

3. Seterusnya, anda boleh klik pada butang Settings

4. Di halaman Settings, anda boleh masukkan Google Analytics ID anda pada ruangan Google Analytics ID.

5. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Submit untuk simpan penetapan ini.

Kini Google Analytics sudah dihubungkan dengan halaman Pages anda.

Last updated