Facebook Conversion API

Apa itu conversion API?

Conversion API membolehkan pengguna mendapatkan web events terus dari servers yang mereka gunakan untuk dihantar pada Facebook.

Server events akan dihubungkan dengan FB Pixel dan akan diproses seperti events FB browser pixel. Ini bermakna server events akan digunakan untuk proses analisis ads sama seperti events FB browser pixel.

👨‍🎓 Tips: Ini bermakna anda akan dapat data yang lebih tepat untuk ads anda dengan Conversion Api ini.

Generate Access token

👨‍🎓 Tips: Untuk mencipta access token bagi Conversion API, anda perlu pastikan anda sudah mempunyai Facebook Pixel

1. Log masuk Business Manager account.​

2. Klik pada ikon 3 line tersebut.

3. Klik pada Events Manager.

4. Seterusnya, pilih pixel yang anda ingin gunakan sebagai conversion API. Untuk kali ini kami akan menggunakan Test Landigram Pixel.

5. Klik Settings untuk pixel tersebut.

6. Scroll pada halaman Settings sehingga anda melihat Conversion API. Tekan pada Get Started.

Untuk pengguna yang pertama kali membuat penetapan, akan muncul satu pop up tambahan. Klik Next sehingga keluar paparan Set Up seperti di bawah.

7. Seterusnya, anda akan diberikan langkah untuk integrasi. Untuk langkah pertama, tekan pada butang Continue.

8. Langkah kedua, klik pada menu drop down dan pilih Other business category.

9. Pilih/tick pada event Lead sahaja. Tekan butang Continue.

10. Seterusnya, anda boleh select/tick pada Event ID parameters dan penetapan parameter lain dibiarkan sahaja. Selepas itu, anda boleh klik pada butang Confirm setup.

11. Untuk halaman Review setup, anda perlu pastikan penetapan anda sama seperti pada paparan dibawah:

  1. Setelah anda pastikan penetapan tersebu sama, anda boleh klik pada butang Confirm setup

13. Untuk langkah terakhir, anda perlu untick pada kotak Send me a copy of this email dan klik terus pada butang Finish

14. Seterusnya, anda akan dibawa semula ke halaman Events manager. Anda boleh klik semula pada pixel yang anda baru sahaja membuat penetapan Conversion API tersebut.

15. Selepsa itu, anda boleh klik pada tab Settings.

16. Anda boleh skroll kebawah pada halaman Settings tersebut sehingga anda lihat ruangan penetapan Conversion API. Pada ruangan tersebut anda boleh klik pada teks Generate access token

17. Setelah token anda berjaya dicipta, anda boleh klik pada kotak Token tersebut untuk simpan access token anda bagi penetapan seterusnya.

Pastikan anda simpan access token tersebut untuk penetapan di Pages.

Hubungkan dengan Pages

1. Anda perlu log masuk kedalam akaun Pages

2. Klik pada projek yang anda ingin gunakan untuk penetapan Facebook pixel

3. Seterusnya, anda boleh klik pada butang Settings

4. Di halaman Settings, anda boleh masukkan access token Conversion API anda pada ruangan Facebook pixel Access Token.

5. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Submit untuk simpan penetapan ini.

Kini Facebook Conversion API sudah dihubungkan dengan halaman Pages anda.

Percubaan penetapan

1. Pada halaman dashboard Events Manager, anda boleh klik pada pixel yang anda sudah lakukan penetapan generate access token tersebut.

2. Seterusnya, anda boleh klik pada tab Test events

3. Pada kotak Test server events, anda akan dapat lihat test event code. Anda boleh simpan code tersebut untuk dimasukkan pada penetapan di halaman Pages anda.

4. Setelah anda dapatkan test event code tersebut, anda perlu log masuk semula pada halaman akaun Pages

5. Anda boleh klik pada projek yang anda sudah membuat penetapan Facebook pixel dan Conversion API

6. Seterusnya, anda boleh klik pada butang Settings

7. Pada halaman Settings, anda boleh masukkan Test event code tersebut pada ruangan Facebook test_event_code

8. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Submit untuk simpan penetapan yang anda baru buat tersebut.

9. Seterusnya, anda boleh pergi semula pada halaman Events Manager dan masukkan URL halaman Pages anda pada ruangan Enter website url didalam kotak Test browser events.

10. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Open Website

11. Seterusnya, anda akan dapat lihat events yang dapat dikesan dalam halaman Pages anda.

👨‍🎓 Tips: Setelah anda pastikan kesemua events tersebut dapat dikesan, anda perlu kosongkan semula ruangan Facebook test_event_code dan klik Submit pada penetapan tersebut untuk pastikan anda simpan tetapan tersebut.

Last updated