Orders

Dalam halaman ini anda boleh lakukan pengurusan pesanan daripada pelanggan, dapatkan report jualan dalam bentuk csv dan juga lihat maklumat order pelanggan.

1. Untuk akses ke halaman ini, anda hanya perlu log masuk kedalam akaun Shoppegram Commerce anda.

2. Kemudian, anda boleh klik pada butang/teks Orders

Info Tambahan

Setiap order yang masuk kedalam dashboard pengurusan order Shoppegram Commerce, anda akan dapat lihat ianya datang daripada mana. Sebagai contoh paparan dibawah menunjukkan order yang datang dari pelbagai platform.

Disini kami sertakan penerangan ringkas bagi setiap logo tersebut:

1. Logo Globe - Order yang mempunyai logo ini selalunya datang dari organik trafik. Ianya bermaksud pelanggan tersebut terus masuk kedalam website anda tanpa melalui mana-mana kempen iklan anda atau platform social media yang lain.

2. Logo Facebook - Order yang mempunyai logo ini datang dari platform Facebook.

3. Logo Instagram - Order yang mempunyai logo ini datang dari kempen platform Instagram.

4. Logo Youtube - Order yang mempunyai logo ini datang dari platform Youtube.

5. Logo TikTok - Order yang mempunyai logo ini datang dari platform TikTok.

6. Logo Google - Order yang mempunyai logo ini datang dari carian di platform Google.

7. Logo Google Plus - Order yang mempunyai logo ini datang dari kempen iklan Google Ads anda.

8. Logo Telegram - Order yang mempunyai logo ini datang dari Channel/Group/Personal message Telegram.

9. Logo Wordpress - Order yang mempunyai logo ini datang dari halaman Wordpress.

Untuk pengguna Shoppegram yang ingin lakukan manual tracing bagi pembelian yang masuk kedalam website tersendiri, anda boleh lakukan penambahan UTM source pada URL/link website/express checkout anda itu.

Sebagai contoh seperti ini. Disini kami ingin trace kepada platform Facebook supaya di dashboard nanti kami tahu bahawa order itu datang dari platform FB dan ikon yang akan dapat dilihat juga akan paparkan logo FB: http://hartamas.myshoppegram.com/cart/2648:1?utm_source=facebook

Anda juga boleh trace kepada platform lain yang dibenarkan seperti:

PlatformLink UTM Source

Facebook

?utm_source=facebook

Instagram

?utm_source=instagram

Youtube

?utm_source=youtube

TikTok

?utm_source=tiktok

Google

?utm_source=google

Google Plus

?utm_source=googleads.g.doubleclick.net

Telegram

?utm_source=telegram

Whatsapp

?utm_source=whatsapp

Wordpress

?utm_source=wordpress

Last updated