CPanel

  • Bahagian 1 : Dapatkan value untuk A record dan CNAME record

  • Bahagian 2 : Penetapan di CPanel

  • Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

Peringatan : Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini.

Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" anda perlu lakukan penetapan DNS records ini didalam akaun MYNIC anda yang tersendiri atau anda boleh hubungi pihak domain provider anda untuk lakukan penetapan tersebut.

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

1. Anda boleh log masuk kedalam Dashboard Commerce.

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai value untuk A record dan CNAME record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Bahagian 2 : Penetapan di CPanel

1. Log masuk pada akaun CPanel anda.

2. Pada dashboard CPanel, anda boleh klik pada bahagian Zone Editor

3. Seterusnya, untuk masukkan A record anda boleh klik pada butang +A RECORD

  1. Setelah anda klik pada butang tersebut anda boleh masukkan yang diminta.

5. Setelah anda masukkan maklumat tersebut, anda boleh klik pada butang ADD AN A RECORD

6. Seterusnya untuk masukkan CNAME record, anda boleh klik pada butang +CNAME RECORD

  1. Setelah anda klik pada butang tersebut anda boleh masukkan maklumat yang diminta.

8. Setelah anda masukkan maklumat tersebut, anda boleh klik pada butang ADD AN CNAME RECORD

Domain anda akan mengambil masa 24-48 jam untuk ianya boleh digunakan dan dimasukkan didalam penetapan di Commerce. Boleh rujuk Tempoh Propagation.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/).

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

1. Log masuk ke dashboard Commerce -> Settings dan klik Custom Domain

2. Di halaman Domains ini klik Add existing domain

3. Pop up Add existing domain akan keluar. Isikan nama website anda pada ruangan Custom Domain dan klik butang Connect

Tidak perlu tambah “www” untuk nama domain anda kerana banyak website-website besar seperti facebook dan lain-lain sudah tidak lagi menggunakan www pada nama domain mereka.

Last updated