Shinjiru

Terdapat 6 bahagian untuk lakukan penetapan ini:

  • Bahagian 1 : Dapatkan value untuk A record dan CNAME record

  • Bahagian 2 : Penetapan di Shinjiru

  • Bahagian 3: Pendaftaran akaun Cloudflare (Pilihan)

  • Bahagian 4 : Penetapan DNS(Optional)

  • Bahagian 5 : Penetapan di Commerce

  • Bahagian 6 : Penukaran Nameserver Shinjiru (Pilihan)

Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini.

Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" anda perlu lakukan penetapan DNS records ini didalam akaun MYNIC anda yang tersendiri atau anda boleh hubungi pihak domain provider anda untuk lakukan penetapan tersebut.

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

1. Anda boleh log masuk kedalam dashboard Commerce.

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain.

4. Klik pada Add existing domain.

5. Nanti anda akan dapat lihat paparan yang mempunyai value untuk A record anda dan CNAME record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Anda perlu simpan Value untuk A record dan CNAME record tersebut untuk anda masukkan didalam DNS record domain anda didalam sistem domain provider nanti.

Bahagian 2 : Penetapan Shinjiru

1. Log masuk ke dalam akaun Shinjiru anda dan klik pada Domain -> Manage DNS

2. Dalam halaman Manage DNS, klik butang Record Sets dan tekan butang DNS Record Set.

  1. Satu paparan akan keluar. Isikan bahagian :

    • DNS Record Set Name dengan nama website anda sendiri tanpa www.

    • Hidupkan toggle pada kotak Default.

    Seterusnya klik pada tab Records .

  1. Dalam tab Record Sets, anda perlu tekan ikon Pen tersebut untuk lakukan perubahan.

  1. Selepas itu, anda perlu buat penetapan bagi A Record dan CNAME Record dalam bahagian ini.

1 : Penetapan A Record

  1. Penetapan A Record :

2 : Penetapan CNAME Record

  1. Penetapan CNAME Record :

Setelah selesai membuat kedua-dua penetapan, paparan yang keluar adalah seperti dibawah :

3 : Penetapan DNS Zones

  1. Untuk penetapan DNS Zones, anda boleh tekan Tab DNS Zones dan klik pada butang Add DNS Zone.

  1. Pada DNS Zone Name, anda boleh pilih dropdown nama domain anda. Masukkan IP Adddress anda didalam ruang IP Address yang disediakan dan tekan butang Confirm.

Penetapan DNS Zones : A Record

  1. Kemudian, anda boleh tekan Ikon Pen untuk lakukan penambahan bagi A Record dan CNAME Record didalam DNS Zones dan tekan butang Confirm. Untuk penetapan A Record, anda boleh masukkan maklumat seperti di bawah : A record :

    • Type : A

    • Name : Nama domain anda

    • TTL : Default

    • Address : A Record atau IP Address (Bahagian 1)

Penetapan DNS Zones : CNAME Record

  1. Untuk penetapan CNAME Record, anda boleh masukkan maklumat seperti di bawah : CNAME Record :

    Setelah selesai, anda perlu tekan butang Confirm.

  1. Apabila anda selesai lakukan penetapan bagi DNS Zones dan tekan butang Confirm, paparan yang anda akan terima adalah seperti dibawah.

7. Jika pada bahagian DNS Zones anda tidak keluar paparan seperti pada langkah 6.

Anda perlu Delete semula DNS Zone yang anda sudah create sebentar tadi. Setelah selesai delete anda perlu Klik Add New Zone dan paparan seperti dibawah akan muncul pada skrin anda.

Anda perlu ikut penetapan seperti di paparan tersebut dan pada bahagian Select Record Set anda perlu pilih nama domain anda.

Proses untuk domain siap sedia untuk dimasukkan pada website anda mengambil masa lebih kurang 12 - 48 jam.

Sekiranya setelah tempoh tersebut domain anda masih belum boleh digunakan atau dimasukkan didalam penetapan di Commerce anda boleh membuat penetapan pada Bahagian 3.

Bahagian 3 : Pendaftaran Cloudlflare (Optional)

Untuk tutorial ni adalah bagi mereka yang menghadapi masalah terhadap penggunaan DNS oleh domain provider.

Setiap domain yang dibeli terdapat satu bahagian yang dinamakan Nameserver untuk kita beri akses kepada platform seperti Cloudflare bagi menguruskan DNS kita.

  1. Pergi ke link berikut https://dash.cloudflare.com/sign-up. Masukkan email dan password untuk pendaftaran dan klik Create Account.

  1. Masukkan nama domain anda yang telah dibeli dari domain provider. Selepas itu klik Add Site.

Pada bahagian ini, anda perlu masukkan nama domain tanpa www.

  1. Seterusnya klik pada Free Plan dan klik Confirm Plan.

Bahagian 4 : Penetapan DNS (Optional)

  1. Tunggu sehingga paparan seperti gambar di bawah keluar.

Sekiranya terdapat sebarang DNS record, yang berlainan seperti penetapan dibawah anda boleh padam semua record tersebut dan rujuk semula penetapan dibawah.

Sekiranya value DNS record tersebut sama sahaja seperti paparan dibawah, anda boleh abaikan sahaja penetapan dibawah.

1 : Penetapan A record:

  1. Penetapan A record, anda boleh pilih dropdown A dan masukkan maklumat ada ruangan tersebut masukkan :

    • Type : A

    • Name : @

    • IPv4 Address : A Record atau (Nilai pada Bahagian 1)

    • Proxy Status : DNS Only (**Perhatian : Pastikan ikon awan berwarna kelabu)

    • TTL : Automatik / 1 Jam

    Setelah selesai, tekang butang Save.

2 : Penetapan CNAME Record:

  1. Penetapan CNAME Record, anda boleh pilih dropdown CNAME masukkan maklumat ada ruangan tersebut masukkan :

    • Type : CNAME

    • Name : www

    • Target : Nama domain anda beli atau (Nilai pada Bahagian 1)

    • Proxy Status : DNS Only (**Perhatian : Pastikan ikon awan berwarna kelabu)

    • TTL : Automatik / 1 Jam

    Setelah selesai, tekang butang Save.

  1. Apabila anda selesai membuat penetapan, paparan yang anda akan terima adalah seperti dibawah :

3 : Penetapan Nameserver Cloudflare

  1. Seterusnya pada ruangan Proxy Status ada ikon awan Oren (Proxied).

Klik pada ikon tersebut dan tukar kepada warna kelabu (DNS Only) dan klik Save. Lakukan untuk A Record dan CNAME Record.

  1. Kemudian klik Continue.

  1. Selepas klik Continue, paparan seperti dibawah akan keluar. Klik Continue with default.

  1. Maka akan keluar nameserver dari Cloudflare yang anda boleh gunakan di domain name provider anda.

  1. Log masuk ke Akaun Domain Name Provider anda dan Delete Nameserver di domain provider anda. Gantikan dengan Nameserver Cloudflare yang telah diberikan seperti gambar di bawah.

  1. Setelah anda gantikan nameservers tersebut klik butang Done, Check nameservers.

Sekiranya anda mengalami sebarang isu untuk penukaran nameserver ini, anda boleh hubungi pihak domain provider untuk mereka bantu anda dalam lakukan penetapan ini.

  1. Untuk penukaran nameserver didalam Shinjiru, anda boleh pergi ke Bahagian 6 : Penukaran Nameserver Shinjiru.

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Bahagian 5 : Penetapan Commerce

  1. Pada Dashboard Shoppegram, anda boleh tekan Settings (1) dan skrol ke bawah sehingga ke Custom Domain (2).

  1. Selepas itu, tekan Add Existing Domain.

  1. Masukkan nama domain tanpa www yang telah anda beli tadi.

  1. Apabila anda telah berjaya masukkan domain anda, paparan akan bertukar seperti di bawah :

**Perhatian : Jika tiada sebarang isu, team akan mengambil masa dalam 30-60 minit untuk mengaktifkan domain anda.

  1. Sekiranya Custom Domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau. Keadaan ini hanya akan berlaku jika segala tetapan yang telah dilakukan adalah betul.

Bahagian 6 : Penukaran Nameserver Shinjiru (Pilihan)

  1. Untuk penukaran Nameserver dalam Shinjiru, anda boleh tekan pada dropdown Domains dan klik My Domains.

  1. Kemudian, pastikan anda tandakan pada domain anda (1) dan tekan pada Manage Nameservers (2).

  1. Klik pada tab "Advanced Settings".

  2. Pilih "Use custom nameservers" dari senarai pilihan.

  3. Masukkan nameservers Cloudflare yang anda dapat di tab "DNS" akaun Cloudflare anda di ruang yang sesuai. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya dua nameservers.

  4. Klik pada butang "Save Changes" untuk mengemas kini nameservers untuk domain anda.

Setelah anda menyimpan perubahan, ia mungkin mengambil masa sehingga 24-48 jam untuk nameservers baru propagate ke seluruh internet.

Semasa ini, laman web anda mungkin mengalami sedikit masalah, oleh itu penting untuk merancang dengan sewajarnya.

Setelah propagation selesai, domain anda akan menggunakan nameservers Cloudflare dan anda akan dapat menguruskan tetapan DNS anda melalui dashboard Cloudflare.

Last updated