Telegram integromat

1. Pada halaman integromat, anda boleh klik pada butang ikon +(Add another module)

2. Seterusnya, anda boleh taip/search tool yang anda ingin gunakan. Dalam tutorial ini, kami akan gunakan Telegram Bot untuk mengahantar mesej secara auto pada kami. Anda boleh klik pada Telegram Bot tersebut untuk menggunakannya.

3. Selepas itu, anda boleh klik pada Send a Text Message or Reply

4. Anda akan dapat lihat 1 pop up baru terpapar, anda boleh masukkan maklumat yang diminta untuk hubungkan dengan integromat anda. Penetapan anda akan kelihatan seperti paparan dibawah sebelum anda memasukkan maklumat yang anda dapat dari Pages di ruangan Text input tersebut.

5. Setelah kesemuanya ditetapkan, anda boleh klik pada butang OK

6. Seterusnya, anda perlu lakukan percubaan pada scenario anda untuk menghantar data dari Pages ke intergromat. Anda boleh klik pada butang Run once tersebut dan anda boleh isi form pada halaman Pages yang anda sudah membuat penetapan webhook tersebut.

7. Setelah anda hantar maklumat pada form di Pages, anda boleh pergi semula pada halaman Integroma untuk lihat value yang dihantar oleh Pages. Anda boleh klik pada Module Telegram Bot tersebut.

8. Pada pop up yang akan dipaparkan, anda boleh klik pada ruangan Text untuk anda masukkan value yang anda terima dari Pages tersebut.

9. Ini adalah contoh penetapan yang sudah lengkap dengan value dari Pages. Mesej ini akan dihantar kepada anda melalui Telegram Bot.

10. Setelah anda memasukkan kesemua value yang anda inginkan pada mesej Telegram tersebut, anda boleh klik pada butang OK

Kesemua data yang dihanyar pada scenario integromat anda ialah daripada form halaman Pages yang anda sudah lakukan penetapan webhook. Ini adalah contoh:

11. Setelah anda lakukan kesemua langkah di atas, anda perlu simpan penetapan yang anda lakukan ini dengan klik pada butang Save

12. Seterusnya, anda perlu pastikan scenario ini aktif dengan klik pada butang toggle Scheduling

13. Pada pop up yang akan terpapar, anda boleh tetapkan bila anda ingin aktifkan scenario ini. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Activate/OK untuk aktifkan scenario ini.

Ini adalah contoh paparan yang anda akan dapat lihat apabila scenario anda sudah diaktifkan.

Last updated