NinjaVan

Fungsi ini tersedia untuk plan Premium dan Ultimate sahaja.

Untuk makluman, bagi penetapan integration ini, anda perlu pastikan anda sudah mempunyai akaun NinjaVan anda yang tersendiri.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun NinjaVan anda yang tersendiri tersebut, anda boleh ikuti langkah dibawah untuk tetapkan ia di akaun Shoppegram anda.

  1. Log masuk akaun Shoppegram Commerce anda.

  1. Klik pada Settings

  1. Klik pada Shipping provider

  1. Klik Activate pada shipping provider Ninjavan.

  1. Selepas itu, anda akan dibawa kehalaman seperti pada paparan dibawah dan anda boleh klik Install

  1. Seterusnya, anda akan dibawa kehalaman platform NinjaVan dan anda akan diminta untuk masukkan maklumat log masuk akaun Ninjavan anda ini.

  1. Setelah anda masukkan maklumat yang diminta, anda boleh klik Allow seperti pada paparan dibawah.

  1. Setelah selesai, kini anda boleh semak semula penetapan integration shipping provider NinjaVan anda dengan klik pada butang Edit

  1. Kemudian, anda boleh semak kesemua maklumat di penetapan shipping provider NinjaVan anda ini dan klik Save

RuangPenerangan

Test mode

Nyahtanda penetapan ini untuk pastikan anda boleh gunakan shipping provider NinjaVan. Penetapan ini boleh digunakan jika anda ialah developer.

Code

Code akaun NinjaVan anda.

Refresh Token

Refresh Token akaun NinjaVan anda.

Access Token

Access Token akaun NinjaVan anda.

Enable content

Anda boleh aktifkan toggle ini untuk pastikan details produk yang dibeli oleh pelanggan berada pada AWB order tersebut.

Enable NinjaVan

Anda perlu aktifkan toggle ini untuk pastikan anda boleh gunakan shipping provider NinjaVan ini.

  1. Setelah selesai kini proses penetapan shipping provider NinjaVan anda kini sudah berjaya.

Cara Fulfill Order

Tutorial penetapan pada bahagian untuk cara urus order bagi menjana Airway Bill di platform NinjaVan tanpa perlu log masuk dan hanya menggunakan platform Commerce sahaja.

  1. Log masuk ke Dashboard Commerce -> Orders di panel kiri.

  1. Pilih dan klik pada order yang anda ingin buat penghantaran menggunakan NinjaVan dan paparan akan keluar seperti dibawah. Klik butang Arrange shipment.

  1. Tekan butang Create Shipment bewarna biru di sebelah penjuru kanan.

4. Seterusnya satu popup akan keluar, anda boleh klik pada Select Shipment Provider dan pilih NinjaVan. Kemudian klik pada Choose Services dan klik pada mana-mana courier service yang anda mahu guna. Harga telah ditentukan mengikut alamat yang ada pada order.

5. Seterusnya klik pada method dan pilih Dropoff atau Pickup.

Method :

  • Dropoff - Anda sendiri akan pergi ke pejabat pos berhampiran dan hantarkan barang.

  • Pickup - Pihak courier akan menghantar kenderaan untuk mengambil barang yang telah di pesan di alamat yang telah ditetapkan pada penetapan Location anda.

**Nota: Jika anda menggunakan penghantaran jenis Cash On Delivery (COD), pastikan anda telah hidupkan toggle Enable COD.

Biasanya Method Pickup akan dipilih bagi memudahkan para penjual.

  1. Apabila Method Pickup dipilih, jadual akan dipaparkan untuk pilihan tarikh pengambilan oleh pihak courier. Klik pada tarikh yang anda mahukan dan kemudian klik butang Submit. Rujuk gambar dibawah.

  1. Setelah klik butang Submit, order anda akan automatik mendapat tracking number seperti gambar dibawah.

Satu Airwaybill (AWB) terhadap order ini telah pun dijana secara automatik dan anda hanya perlu cetak AWB ini.

Setelah proses Add Shipment dibuat, semak di dalam Dashboard NinjaVan untuk pastikan maklumat yang dipaparkan adalah sama.

Last updated