Custom Domain

Setiap kedai di dalam Commerce akan dapat hosting dan subdomain secara percuma (tidak boleh diubah setelah lakukan pendaftaran) yang berbentuk : https://kedaianda.myshoppegram.com

Namun begitu sekiranya pengguna ingin menggunakan domain mereka yang tersendiri juga dibenarkan oleh Commerce dengan hanya perlu setup DNS pada A record dan juga CNAME dari domain provider kepada maklumat DNS Commerce.

Senarai Domain dan Tutorial penetapan

Berikut dibawah merupakan nama nama domain dan tutorial penetapan :

pageShinjirupageGodaddypageNamecheappageCloudflarepageCPanelpageExabytespageDomain Migration

Pastikan nama domain anda tidak mempunyai simbol hyphen ( - )

  • Domain yang mempunyai simbol hyphen ( - ) selalunya disimbolkan/dikategorikan sebagai spam domain.

  • Domain yang mempunyai simbol ini juga akan selalu berlaku typo semasa customer/buyer menaip.

Pastikan anda menggunakan domain .com

  • domain .com memudahkan untuk customer/buyer anda mencari website anda.

  • Setiap telefon bimbit juga mempunyai button .com dan ia dapat memudahkan customer/buyer anda menaip url website anda.

  • Jika tiada domain .com, anda boleh menggunakan domain .com.my.

Pastikan anda menggunakan domain .com

  • Domain yang pendek dan mudah diingat dapat mengurangkan typo yang ditaip oleh customer/buyer.

  • Kami cadangkan nama domain anda tidak melebihi 15 patah perkataan.

Pastikan nama domain anda unique dan mempunyai jenama yang tersendiri

  • Domain yang menarik dapat menarik orang untuk datang ke website anda.

  • Sebagai contoh Amazon.com kelihatan lebih menarik daripada BuyBooksOnline.com.

Custom Domain

Untuk menggunakan domain anda yang tersendiri, anda boleh dapatkan dari mana-mana Domain Name provider mengikut keselesaan anda antaranya adalah di :

  • Shinjiru.com.my

  • Exabytes.my

  • Namecheap.com.

Untuk domain .com biasanya selepas pembelian ianya akan serta merta boleh digunakan bagi penetapan DNS.

Penetapan Domain Malaysia

Untuk domain Malaysia contohnya seperti .my, .com.my, .net.my perlu tunggu sekurang-kurangnya 72jam waktu bekerja sebelum ianya boleh digunakan dan anda juga perlu lakukan penetapan DNS records dalam akaun MYNIC anda

Anda boleh hubungi pihak domain provider anda untuk lakukan penetapan tersebut.

Pada Domain provider anda, setelah sudah mempunyai domain yang tersendiri, anda boleh masuk kepada bahagian DNS Manager dan edit DNS rekod supaya point kepada DNS Commerce dengan cara:-

  1. Bina satu A record untuk @ dan point kepada IP address anda yang tersendiri(Anda boleh dapatkan melalui langkah Dapatkan IP Address untuk A record)

  2. Bina satu CNAME record untuk www dan point kepada @ atau nama domain anda

*Kedua-dua rekod ini adalah penting dan wajib dibuat.

Jadi rekod yang telah anda buat sepatutnya kelihatan lebih kurang seperti gambar dibawah.

Subdomain

Situasi : Saya mempunyai domain websitesaya.com dan saya mahu tambah subdomain.

Jawapan : Anda hanya perlu tambahkan A Record yang baru bagi subdomain anda.

Sebagai Contoh :

  • Domain utama : websitesaya.com

  • Host : @

  • Value : A record domain utama

Untuk menggunakan subdomain dari domain utama, anda hanya perlu tambah satu A record, iaitu.

  • A record

  • Host : kedai

  • Value : A Record kedai baru

Maka, domain bagi kedai baru anda adalah kedai.websitesaya.com.

Untuk menggunakan subdomain dari domain utama, hanya perlu tambah A Record sahaja.

IP Address untuk A Record dan CNAME Record

  1. Pada Dashboard Shoppegram, anda boleh tekan Settings (1) dan skrol ke bawah sehingga ke Custom Domain (2).

  1. Selepas itu, tekan Add Existing Domain.

  1. Klik pada Add existing domain

  1. Anda akan lihat paparan yang mempunyai nilai A Record dan CNAME Record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider. 1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disin atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Penetapan Custom Domain di Commerce

  1. Log masuk ke Dashboard Commerce -> Settings -> Custom Domain -> Add existing domain

  1. Masukkan nama domain tanpa www, dan klik butang Connect.

  1. Apabila anda telah berjaya masukkan domain anda, paparan akan bertukar seperti di bawah :

**Perhatian : Jika tiada sebarang isu team akan mengambil masa dalam 30-60 minit untuk mengaktifkan domain anda.

  1. Sekiranya Custom Domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau jika segala tetapan yang telah dilakukan di atas adalah betul.

Automatik SSL

Setiap custom domain juga akan diberikan SSL secara automatik tanpa perlu membeli di domain provider. Hanya perlu membeli domain biasa sahaja dan pihak Commerce akan bekalkan SSL certificate untuk setiap domain.

Bila SSL telah berjaya dimasukkan kepada Custom domain anda , protokol HTTP akan bertukar kepada HTTPS secara automatik.

'S' bermaksud 'secure' iaitu selamat, dan kini akan muncul satu ikon 'padlock' pada browser yang menunjukkan website anda adalah selamat kepada semua pembeli. seperti di dalam gambar.

Last updated