Product Setup

Untuk tambah produk anda pada sistem Commerce, anda boleh masukkan produk anda terlebih dahulu dengan rujuk pada langkah dibawah.

Bahagian 1 : Tambah Produk

Log masuk ke akaun Commerce anda -> Klik pada Products -> Add product.

1 : Maklumat Produk

Anda akan dibawa ke pages product. Disitu anda perlu masukkan details produk anda seperti:

TajukPenerangan

Name

Nama produk anda

Description

Huraian produk anda (Seperti saiz, warna dan lain - lain)

Categories

Kategori bagi produk tersebut (By default sistem kami akan pilihkan kategori featured untuk setiap produk baru yang anda buat)

Price

Harga promo produk anda atau Harga yang pelanggan akan bayar semasa checkout

Compare at price

Harga asal produk anda tanpa sebarang diskaun

Manage stock

Anda perlu enable fungsi ini jika produk anda mempunyai kuantiti tertentu.

SKU(Stock Keeping Unit)

Anda boleh gunakan fungsi ini jika anda ingin pantau prestasi produk anda menggunakan SKU dan bukannya nama variants

Stock

Masukkan kuantiti produk anda pada location Default store anda(Jika anda enable fungsi Manage stock tersebut)

Edit locations

Anda boleh klik pada teks ini jika anda ingin matikan stock ini pada lokasi tertentu

Published

Pastikan fungsi ini anda enable supaya produk anda akan dapat dilihat pada website anda.

Require Shipping or Pickup

Enable fungsi ini jika produk yang anda jual memerlukan penghantaran.

Hidden

Jika anda ingin hide produk anda daripada customer dan hanya share produk tersebut kepada orang - orang tertentu anda boleh enable fungsi ini.

Setelah selesai anda boleh klik butang Save.

Bahagian 2 : Inventori

1 : View Inventory Logs

**Perhatian : Bahagian SKU adalah untuk memantau data bagi produk anda dan bukan untuk kemaskini stok.

Pada bahagian ini anda dapat melihat perubahan atau jejak kuantiti yang dilakukan pada bahagian stok produk. 1. Klik pada View inventory logs.

2. Pada ruangan ini akan tercatat segala perubahan yang dilakukan pada bahagian quantity stock produk.

TajukPenerangan

Alamat

Anda boleh menukar alamat pada ruangan ini untuk melihat perubahan logs berdasarkan lokasi.

Date

Tarikh setiap perubahan dilakukan.

Activity

Merujuk pada perkara yang anda lakukan semasa mengubah kuantiti stok

Adjusted by

Merujuk kepada penama/siapa yang melakukan perubahan kepada stock tersebut.

Available

Merujuk kepada nilai terbaru stock

2 : Stok Produk

  1. Untuk lakukan penambahan stok produk, anda perlu masukkan kedalam ruang yang telah disediakan. Anda hanya perlu tekan dropdown itu sahaja.

  1. Selepas itu, anda boleh pilih sebab atau maklumat yang berkaitan dengan perubahan stok produk anda.

  1. Anda akan lihat nilai kemaskini terbaru bagi stok produk anda.

Jika butang Manage Stock tidak dihidupkan, produk anda akan dikira mempunyai stok tanpa had (unlimited).

  1. Jika anda menekan butang View Inventory Logs, anda akan lihat senarai maklumat bagi perubahan stok produk anda.

Bahagian 3 : Imej Produk

Setelah selesai masukkan details produk anda, anda boleh masukkan gambar untuk produk tersebut.

Fail imej yang disokong adalah jpg, jpeg, png, gif, dan webp sahaja.

1. Untuk masukkan gambar anda boleh klik pada Images.

2. Seterusnya, klik pada Add image dan masukkan gambar yang anda inginkan. Anda boleh masukkan seberapa banyak gambar yang anda inginkan.

(Saiz terbaik produk: 1000px X 1000px | Saiz gambar terbaik: Kurang dari 200kb)

3. Setelah anda berjaya muat naik gambar produk anda, popup "Uploaded" akan terpapar pada skrin tersebut.

Jika anda ingin susun gambar produk tersebut anda boleh drag button anak panah dan susun kedudukan gambar produk anda.

Bahagian 4 : Label Produk

Jika anda ingin mempunyai label pada produk anda, boleh rujuk tutorial dibawah :

pageProduct Metafield

Last updated