Custom Domain

Apa itu Domain?

Domain adalah alamat sesuatu website, juga dipanggil sebagai URL, dimana pengguna boleh boleh mencari laman tersebut di internet.

Untuk setiap pengguna berdaftar Landigram, kami akan sediakan dengan subdomain seperti ini https://yourprojectsubdomain.landigram.com. Ini adalah domain utama anda jika tidak menggunakan custom domain.

Domain ini juga akan digunakan oleh pengguna untuk melawati website anda. Kami cadangkan untuk anda gunakan custom domain untuk fungsi yang lebih advance pada Landigram.

Di mana saya perlu beli domain?

Anda boleh beli domain pada mana mana provider seperti Namecheap, Godaddy etc.

Setiap domain provider mempunyai kelebihan dan kelemahan, jadi anda perlu buat pilih yang bijak.

👨‍🎓 Tips: Pastikan nama domain yang anda ingin beli tersebut mudah untuk ditulis dan di ingati oleh pelanggan anda.

Apakah nama domain yang saya perlu beli?

Pastikan nama domain anda tidak mempunyai simbol hyphen ( - )

  • Domain yang mempunyai simbol hyphen ( - ) selalunya disimbolkan/dikategorikan sebagai spam domain.

  • Domain yang mempunyai simbol ini juga akan selalu berlaku typo semasa customer/buyer menaip.

Pastikan anda menggunakan domain .com

  • domain .com memudahkan untuk customer/buyer anda mencari website anda.

  • Setiap telefon bimbit juga mempunyai button .com dan ia dapat memudahkan customer/buyer anda menaip url website anda.

  • Jika tiada domain .com, anda boleh menggunakan domain .com.my.

Pastikan anda menggunakan domain .com

  • Domain yang pendek dan mudah diingat dapat mengurangkan typo yang ditaip oleh customer/buyer.

  • Kami cadangkan nama domain anda tidak melebihi 15 patah perkataan.

Pastikan nama domain anda unique dan mempunyai jenama yang tersendiri

  • Domain yang menarik dapat menarik orang untuk datang ke website anda.

  • Sebagai contoh Amazon.com kelihatan lebih menarik daripada BuyBooksOnline.com.

Dapatkan A Record dan CNAME Record

Untuk pointkan domain kepada Pages, anda perlu dapatkan value A record dan CNAME record terlebih dahulu. Ikuti langkah di bawah :

1. Log masuk Pages

2. Klik pada Websites yang anda ingin lakukan penetapan custom domain. Selepas itu tekan butang Edit.

3. Klik pada butang Settings.

4. Seterusnya, anda perlu skrol kebawah dan akan lihat nilai A record dan CNAME record seperti di bawah.

5. Selepas anda dapatkan value tersebut, anda boleh log masuk ke domain provider dan pastikan anda sudah mempunyai akses ke bahagian DNS.

6. pada bahagian DNS, gantikan A record dan CNAME record yang anda peroleh dari laman Pages anda.

Bagaimana untuk Hubungkan domain dengan Pages?

1. Jika anda sudah mempunyai domain, log masuk ke akaun Pages​.

2. Klik pada Websites yang anda ingin gunakan domain.

3. Klik pada butang Settings.

4. pada bahagian URL Settings, tick pada custom domain.

5. Masukkan nama domain anda pada ruangan custom domain.

👨‍🎓 Tips: Sebelum masukkan domain , pastikan anda sudah point A dan CNAME record kepada Pages IP Address

6. Selepas ruangan tersebut diisi, klik pada butang Submit.

Senarai Penetapan Custom Domain

Namecheap :

Tutorial penetapan custom domain bagi Namecheap.

pageNamecheap

GoDaddy :

Tutorial penetapan custom domain bagi GoDaddy.

pageGoDaddy

Exabytes :

Tutorial penetapan custom domain bagi Exabytes.

pageExabytes

Last updated