Loyverse

Loyverse adalah sebuah platform POS (point-of-sale). Anda boleh gunakan integration sync produk stok yang kami sediakan dengan platform Loyverse ini untuk pastikan stok di kedai dan di website Shoppegram anda mendapat perubahan stok yang sama untuk sebarang pembelian.

Fungsi ini hanya terdapat untuk langganan plan Premium dan Ultimate sahaja.

Pendaftaran akaun Loyverse

Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun Loyverse, anda boleh daftar melalui link ini terlebih dahulu: https://loyverse.com/en/signup

Dapatkan Access token di Loyverse

  1. Setelah anda log masuk kedalam dashboard akaun Loyverse, anda boleh klik pada butang Integrations seperti yang di highlightkan pada paparan dibawah.

  1. Kemudian, anda boleh klik pada Access tokens

  1. Setelah anda dibawa kehalaman Access tokens, anda boleh klik pada butang Add access token

  1. Didalam halaman ini, anda perlu masukkan nama access token ini diruangan "Name" sebagai rujukan anda dan anda juga boleh tetapkan sama ada ingin tetapkan had berapa lama access token ini berjalan. Didalam penetapan ini, kami tidak tick pada toggle "Token has expiration date" tersebut kerana kami ingin access token ini sentiasa berjalan.

  1. Setelah anda tetapkan penetapan Access token yang anda inginkan, anda boleh klik Save

  1. Seterusnya, anda sudah boleh lihat Access token yang anda sudah cipta tersebut. Anda boleh copy Access token tersebut dan simpan untuk dimasukkan pada penetapan di Shoppegram pula.

Penetapan di Shoppegram

  1. Log masuk akaun Shoppegram anda

  1. Klik pada Sales channels

  1. Klik pada Loyverse

  1. Klik pada butang Connect with Loyverse

  1. Kemudian, anda boleh masukkan Access token yang anda sudah dapatkan dari akaun Loyverse itu kedalam ruang yang di sediakan seperti paparan dibawah.

  1. Setelah anda masukkan Access token tersebut, anda boleh klik Save

  1. Kemudian, anda akan diminta untuk lakukan pemilihan store Loyverse anda pada penetapan "Loyverse stores"

  1. Setelah selesai, klik Save

  1. Kini penetapan integration antara Loyverse dan Shoppegram sudah selesai.

Untuk contoh penetapan Sync produk antara platform Shoppegram dan Loyverse, anda boleh klik pada butang dibawah:

pageProducts

Last updated