Billplz

Pendaftaran akaun Billplz

Klik di link ini https://sso.billplz.com/users/sign_up untuk mula daftar akaun Billplz anda.

Bagi proses pendaftaran akaun Billplz anda perlu pastikan anda sudah:

  • Mempunyai SSM

  • Akaun bank semasa

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Billplz.

Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Billplz

Untuk menghubungkan Billplz dengan website Commerce, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah Collection ID, Secret Key dan X Signature. Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Billplz anda boleh ikut langkah penetapan ini :

1. Log masuk ke akaun Billplz/Plzlogin anda.

Dapatkan Collection ID

1. Pada bahagian dashboard Billplz, anda boleh klik pada Billing

2. Di page Billing, anda boleh klik pada butang Create Collection

3. Setelah anda klik butang tersebut, anda akan diminta untuk isi ruangan Collection title(Nama yang anda ingin gunakan sebagai rujukan untuk payment yang masuk pada billing anda). Setelah selesai anda boleh tick pada I understand how reload credit works as stated below dan klik Submit

4. Setelah selesai anda akan dapat lihat Collection yang anda baru anda cipta sebentar tadi. Anda boleh klik pada butang Copy dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Commerce dengan rujuk langkah penetapan Commerce dibawah.

Dapatkan Secret key

1. Pada bahagian dashboard Billplz, anda boleh klik pada ikon anak panah bawah dan klik Settings

2. Seterusnya anda akan dibawa ke halamanSettings, anda boleh klik pada BILLPLZ SECRET KEY

3. Setelah anda klik pada tab BILLPLZ SECRET KEY tersebut, anda akan dapat lihat API key anda untuk anda masukkan didalam sistem Commerce. Anda boleh klik button Copy Billplz key tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Commerce dengan rujuk langkah penetapan Commerce dibawah.

Dapatkan X Signature

1. Pada bahagian dashboard Billplz, anda boleh klik pada icon anak panah bawah dan klik Settings

2. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman Settings, anda boleh klik pada XSIGNATURE PAYMENT

3. Setelah anda klik pada tab XSIGNATURE PAYMENT tersebut, anda akan dapat lihat XSignature key anda untuk anda masukkan didalam sistem Commerce. Anda boleh klik button Save & Copy XSignature Key tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Commerce dengan rujuk langkah penetapan Commerce dibawah.

Perhatian:

  1. Pastikan penetapan XSignature anda sama seperti paparan dibawah untuk memastikan tiada sebarang isu berlaku semasa penetapan anda.

  2. Pastikan anda tick pada Enable XSignature Payment Completion sahaja.

Anda boleh simpan ketiga - tiga key tersebut untuk kegunaan di langkah seterusnya. Key yang anda perlu simpan ialah :

  • Collection ID

  • Secret key

  • X Signature

Penetapan di Commerce

Untuk proses penetapan payment gateway Billplz di Commerce anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan ketiga-tiga key tersebut kedalam penetapan payment gateway anda.

Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut langkah penetapan ini.

1. Log masuk akaun Commerce anda.

2. Seterusnya anda boleh klik pada tab Settings

3. Anda akan dibawa ke halaman Settings dan anda boleh klik pada butang Payment options

6. Pada bahagian halaman Payment options, anda boleh klik butang Activate/Edit pada tab payment gateway Billplz.

7. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman penetapan untuk payment gateway Billplz.

8. Dengan menggunakan key yang anda sudah simpan pada langkah mendapatkan key tersebut, anda boleh masukkan kesemua key tersebut pada ruangan mereka.

9. Setelah selesai anda boleh klik Save untuk simpan penetapan tersebut.

Sekiranya anda ingin memulakan transaksi sebenar, diminta untuk anda mematikan toggle Test Mode itu.

Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Commerce anda untuk melihat hasilnya.

Last updated