TikTok Pixel

Penetapan bagi Tiktok Pixel

Penetapan ini membolehkan anda untuk pantau beberapa event apa yang pelawat anda lakukan didalam website anda. Antara event yang dapat di track ialah ViewContent, Add to cart, Initiate checkout dan Complete payment.

Satu cara yang paling terbaik untuk setup TikTok pixel adalah dengan menggunakan akaun TikTok Business.

Jadi anda perlu daftar dahulu pada page TikTok Business di sini : https://ads.tiktok.com/i18n/signup

Bahagian 1 : Penetapan di TikTok Business

1. Isi maklumat akaun anda dan klik butang Sign Up.

2. Seterusnya anda akan melihat paparan seperti ini. Anda perlu isikan segala maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.

3. Kemudian, anda boleh pilih Manual Payment untuk bahagian Set up billing information.

4. Untuk penetapan dalam tutorial ini, kami akan gunakan Custom Mode sebagai tetapan.

5. Anda akan melihat halaman yang dipaparkan seperti ini.

6. Pada halaman tersebut, anda boleh lihat pada bar hitam diatas dan ada pilihan Assets. Klik pada Assets dan pilih Events.

7. Anda boleh pilih Web Events untuk tetapan itu.

8. Seterusnya, anda boleh klik pada Create Pixel.

9. Anda boleh pilih Manual Setup dan tekan Next.

10. Selepas itu, anda boleh masukkan Nama Pixel dan tekan Next.

  1. Pada bahagian ini boleh tekan Skip Step.

12. Pada halaman tersebut, pilih hanya Custom Code sahaja.

  1. Hidupkan toggle Automatic Advanced Matching dan tekan Finish.

Pasang Tiktok Pixel Helper

1. Sekiranya anda tidak mempunyai plugin atau extension Tiktok Pixel Helper pada browser anda, anda boleh klik Install untuk memasang pada browser anda.

2. Seterusnya,anda dibawa kesatu halaman dimana anda boleh klik pada butang Add to Chrome untuk memasang plugin atau extension ini kedalam browser anda.

Salin TikTok Pixel ID

1. Salin ID Tiktok Pixel anda dan simpan, kerana ID tersebut akan digunakan untuk dimasukkan kedalam sistem ecommerce anda.

Trigger Event Tiktok Pixel

1. Anda boleh memulakan untuk proses test trigger events menggunakan Tiktok Pixel anda. Anda boleh pergi ke Go to Test Events.

2. Pada halaman tersebut, anda dikehendaki untuk memasukkan nama website anda atau domain anda di ruangan itu.

3. Selepas itu, QR kod telah dijana , anda boleh buka aplikasi Tiktok di telefon anda dan imbas QR kod tersebut ya. Selepas anda imbas, anda boleh cuba membuat order atau initiate checkout dalam aplikasi Tiktok anda.

4. Anda boleh lihat events yang telah di-trigger di aplikasi Tiktok didalam Tiktok Ads Manager anda.

Jika anda dapat trigger kesemua event yang anda inginkan di Shoppegram ini iaitu View Content, Add to Cart, Initiate Checkout & Complete Payment ianya bermakna pixel anda sudah berfungsi dengan baik dan tiada sebarang isu.

Bahagian 2 : Penetapan di Commerce

1. Seterusnya log masuk ke akaun Commerce anda. Masuk ke pada bahagian Online Store -> Preferences -> dan masukkan pixel id anda pada ruangan TikTok Pixel dan Save.

Info Tambahan

Untuk makluman, selain dari penggunaan test event menggunakan QR Code untuk test trigger event TikTok pixel, anda juga boleh gunakan plugin TikTok pixel helper yang anda sudah pasang pada browser anda tersebut.

Berikut adalah cara untuk anda lakukan semakan trigger event TikTok pixel menggunakan plugin TikTok pixel helper.

Anda boleh lakukan beberapa langkah untuk trigger event yang boleh ditangkap pada TikTok Pixel di Shoppegram. Sebagai contoh pada paparan dibawah kami telah melakukan Add to cart untuk trigger event Add to cart.

Seterusya anda juga boleh cuba untuk trigger event lain pada website anda dengan lakukan percubaan pembelian. Jika tiada sebarang masalah Tiktok Pixel Helper anda akan dapat lihat trigger event ,View content, Add to cart, Initiate checkout dan Complete payment.

Ralat Konfigurasi

Situasi : Anda mempunyai isu dimana semasa anda ingin mencipta iklan pertama anda, pixel tiktok yang anda baru sahaja cipta tidak dapat ditemui?

Jawapan : Untuk isu tersebut, anda perlu memberikan sedikit waktu untuk data events tiktok yang anda sudah trigger pada bahagian test events dapat dikesan pada tiktok pixel anda. Pastikan anda sudah lakukan test events terlebih dahulu pada tiktok pixel tersebut sebelum anda cipta iklan pertama anda.

Last updated