Godaddy

Terdapat 3 bahagian untuk setup ini:

  • Bahagian 1 : Dapatkan value untuk A record dan CNAME record

  • Bahagian 2 : Penetapan di Godaddy

  • Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini.

Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" anda perlu lakukan penetapan DNS records ini didalam akaun MYNIC anda yang tersendiri atau anda boleh hubungi pihak domain provider anda untuk lakukan penetapan tersebut.

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

1. Anda boleh log masuk kedalam dashboard Commerce

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Anda akan lihat paparan yang mempunyai nilai A Record dan CNAME Record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Bahagian 2 : Penetapan di Godaddy

1. Log masuk kedalam Akaun Godaddy anda dan pergi pada halaman produk anda. 2. Pada ruangan Domain Manager, anda boleh klik pada domain yang anda ingin tetapkan penetapan DNS record tersebut. 3. Skroll kebawah pada ruangan Additional Settings dan Klik pada Manage DNS.

Penetapan A Record

  1. Pada halaman DNS Management, di bahagian Records anda boleh klik pada Add.

  2. Anda boleh pilih A daripada pilihan Type untuk ruangan menu tersebut.

  3. Anda boleh masukkan maklumat yang mereka minta untuk penetapan A record anda:

Penetapan CNAME Record

  1. Klik Add semula dan pilih CNAME dari pilihan Type.

  2. Anda boleh pilih CNAME daripada pilihan Type untuk ruangan menu tersebut.

  3. Anda boleh masukkan maklumat yang mereka minta untuk penetapan A record anda:

Paparan penetapan domain anda akan seperti dibawah.

Setelah selesai anda boleh klik Save. Setelah itu anda boleh rujuk Tempoh Propagation.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

  1. Pada Dashboard Shoppegram, anda boleh tekan Settings (1) dan skrol ke bawah sehingga ke Custom Domain (2).

  1. Selepas itu, tekan Add Existing Domain.

  1. Masukkan nama domain tanpa www yang telah anda beli tadi.

  1. Apabila anda telah berjaya masukkan domain anda, paparan akan bertukar seperti di bawah :

**Perhatian : Jika tiada sebarang isu, team akan mengambil masa dalam 30-60 minit untuk mengaktifkan domain anda.

  1. Sekiranya Custom Domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau jika segala tetapan yang telah dilakukan adalah betul.

Last updated