Beli 1 Bundle dan Clearance

Pada tutorial senario ini, anda akan lakukan penetapan bagi 1 produk Bundle bersama stok penghabisan (clearance stock).

Contoh produk yang akan digunakan didalam ini adalah Tabby Pants Honey Mustard dan Tabby Pants Teal Blue. Penetapan anda boleh rujuk langkah dibawah:

  1. Masukkan produk yang anda ingin pelanggan beli seperti pada paparan dibawah :

Bagi Item Clearance anda boleh masukkan nilai 0 (100% diskaun) atau harga sendiri bagi stok penghabisan.

  1. Kemudian, anda boleh tick pada checkbox Fixed quantity pada setiap penetapan produk itu dan masukkan nilai 1 pada setiap ruangan kuantiti yang tersedia.

Penetapan ini akan memastikan pelanggan hanya boleh pilih 1 sahaja bagi setiap produk ini.

  1. Anda boleh masukkan harga untuk produk tersebut.

  1. Setelah selesai, tekan butang Save.

  1. Anda boleh klik pada butang Preview untuk cuba lihat produk bundle anda dan cuba lakukan pembelian.

Ini adalah paparan produk bundle tersebut di website(Themes Hartamas):

Last updated