Google Sheets
1. Pada halaman Integromat, anda boleh klik Add another module.
2. Seterusnya, anda boleh taip/search tool yang anda inginkan. Pada tutorial ini, kami akan menggunakn Google sheets untuk menambah row baru.
3. Seterusnya, pilih action yang anda inginkan. Pada tutorial ini akan gunakan Add Row.
4. Seterusnya, abaikan ruangan kosong dan klik Add.
5. Masukkan nama pada ruangan Connection name sebagai rujukan anda dan klik Continue.
6. Setelah anda klik Continue, 1 tab baru akan muncul pada browser dan anda perlu log masuk akaun google yang mempunyai google sheets yang anda ingin gunakan.
7. Selepas anda log masuk dan membenarkan semua settings pada Integromat. Anda perlu pilih fail Google Sheets yang anda ingin tambah dengan new row pada ruangan Spreadsheets.
8. Seterusnya, anda perlu pilih sheets mana yang perlu ditambah row pada ruangan Sheet. Jika Sheet anda mempunyai header, anda boleh pilih YES untuk Table contains headers.
9. Setelah selesai penetapan, klik pada butang OK.
10. Anda perlu lakukan percubaan kali pertama pada penetapan webhook anda untuk pastikan anda dapat masukkan data yang dihantar melalui webhook tersebut pada penetapan module Google Sheets anda. Anda hanya perlu klik pada butang Run once dan anda boleh hantar maklumat pada form yang anda sudah tetapkan pada halaman Pages anda untuk pastikan webhook anda dapat terima data tersebut.
11. Setelah webhook anda terima data tersebut, anda boleh kembali semula ke halaman Integromat dan klik pada module Google Sheets
12. Seterusnya, anda boleh pergi pada ruangan Value dan masukkan parameter value kedalam sheets anda
13. Ini adalah contoh penetapan yang sudah siap di isikan dengan kesemua value kedalam row mereka yang tersendiri.
Kesemua data yang dihantar atau terima pada halaman integromat anda ialah berdasarkan maklumat yang telah di isi pada form untuk halaman Pages yang anda sudah tetapkan dengan webhook.
14. Setelah kesemua penetapan telah dilakukan, anda boleh klik pada butang OK
15. Setelah anda ikuti kesemua langkah diatas, pastikan anda tidak lupa untuk simpan tetapan yang anda sudah tetapkan dengan klik pada butang Save
16. Seterusnya, anda perlu pastikan scenario ini aktif dengan klik pada toggle Scheduling tersebut.
17. Seterusnya 1 pop up akan terpapar, anda boleh tetapkan bila anda ingin run scenario ini. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang OK untuk aktifkan scenario anda.
Ini adalah contoh scenario anda apabila ianya sudah siap ditetapkan
Last updated