Pages

Sebelum anda ikuti langkah penetapan ini pastikan anda:

  • Sudah mempunyai produk yang anda ingin buat untuk express checkout

  • Sudah mempunyai pages yang tersendiri untuk anda masukkan fungsi express checkout

Dapatkan Produk ID

1. Log masuk ke akaun Commerce anda

2. Klik pada Products

3. Klik pada Produk yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

4. Klik pada Express checkout

5. Pilih variant yang anda ingin pelanggan anda terus beli dan simpan link tersebut

6. Pastikan anda simpan terlebih dahulu URL link tersebut kerana ia akan digunakan untuk penetapan pada pages anda.

Penetapan pada Pages

1. Log masuk akaun Commerce anda

2. Klik pada Online Store -> Pages

3. Klik pada butang Edit pada pages yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

4. Klik pada icon < > untuk masukkan custom code butang anda

5. Seterusnya, anda hanya perlu masukkan code ini pada ruangan tersebut.

Code : <a class="btn btn-success btn-lg text-white" href="link produk variant anda" target="_blank">Buy Now</a> ** Pada bahagian href tersebut, anda boleh masukkan link produk variant anda yang anda baru dapatkan pada langkah 1

6. Setelah selesai anda boleh klik Save dan lihat hasilnya dengan tekan pada butang Preview.

Info Tambahan

Jika anda mahu ubah styling butang anda, anda boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut : https://getbootstrap.com/docs/4.0/components/buttons/ Jika anda ingin membuat pelanggan anda terus checkout dengan 3 produk terus, anda boleh asingkan setiap produk variant ID dengan simbol koma. Sebagai contoh : /cart/57085:1,12345:2,57779:3

** Nombor selepas titik bertindih tersebut merujuk kepada quantity barang yang dibeli. ** Maksimum hanya 3 variant ID (yang valid) sahaja yang boleh dibaca oleh sistem kami.

Last updated