Exabytes

Terdapat 3 bahagian untuk setup ini:

  • Bahagian 1 : Dapatkan value untuk A record dan CNAME record

  • Bahagian 2 : Penetapan di Exabytes

  • Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

**Peringatan : Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini.

Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" anda perlu lakukan penetapan DNS records ini didalam akaun MYNIC anda yang tersendiri atau anda boleh hubungi pihak domain provider anda untuk lakukan penetapan tersebut.

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

1. Anda boleh log masuk kedalam Dashboard Commerce.

2. Klik pada Settings.

3. Klik pada Custom domain.

4. Klik pada Add existing domain.

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai value untuk A record dan CNAME record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Bahagian 2 : Penetapan di Exabytes

1. Log masuk kedalam akaun Exabytes anda. 2. Klik pada Domains -> Manage DNS

3. Setelah itu, anda perlu tekan butang Add New Zone.

  1. Pada ruangan DNS Management, anda boleh masukkan Zone Name menggunakan di bawah :

    Selepas itu, anda perlu tekan Add Zone untuk menyimpan penetapan anda.

  1. Selepas Zone telah ditambah, anda boleh tambah A Record dan CNAME Record, hanya perlu tekan butang Edit.

  1. Pada ruangan Add Record anda boleh klik pada dropdown dan pilih A (1), maklumat bagi A Record adalah seperti di bawah :

1 : Penetapan A Record

  1. A Record :

2 : Penetapan CNAME Record

  1. CNAME Record :

  1. Paparan senarai domain anda akan menjadi seperti berikut :

Setelah domain anda sudah boleh digunakan baru anda boleh masukkan domain anda didalam penetapan di Commerce.

Setelah selesai anda boleh klik Save All Changes. Setelah itu anda boleh rujuk Tempoh Propagation.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian 3 : Penetapan Commerce

1. Log masuk ke Dashboard Commerce -> Settings(1) dan klik Custom Domain(2).

2. Di halaman Domains ini klik pada butang Add existing domain.

3. Pop up Add existing domain akan keluar. Isikan nama website anda pada ruangan Custom Domain dan klik butang Connect.

Dalam ruang dibawah, anda perlu masukkan nama domain anda tanpa www.

  1. Apabila anda telah berjaya masukkan domain anda, paparan akan bertukar seperti di bawah :

**Perhatian : Jika tiada sebarang isu, team akan mengambil masa dalam 30-60 minit untuk mengaktifkan domain anda.

  1. Sekiranya Custom Domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau jika segala tetapan yang telah dilakukan adalah betul.

Last updated