Google Sheets

1. Pada halaman zapier, klik pada ikon + untuk menambah arahan yang baru. Seterusnya, anda boleh membuat carian Google Sheets dan klik pada option tersebut.

2. Seterusnya, anda boleh Choose an event dari ruangan Action Event. Pada tutorial kali ini kami akan memilih Create Spreadsheet Row. Event ini akan mencipta row baru pada setiap data yang diterima pada spreadsheet.

3. Klik pada butang Continue.

4. Seterusnya, log masuk ke Google sheets anda dan berikan keizinan untuk integrasi tersebut.

5. Klik Continue selepas penetapan dilakukan.

6. Seterusnys, isikan maklumat pada ruangan yang diberikan. Berikut merupakan contoh penetapan.

Klik pada Show all options jika anda tidak jumpa parameter value yang anda ingin gunakan untuk dimasukkan kedalam sheets anda.

7. Setelah anda berjaya lakukan kesemua langkah tersebut, anda boleh klik pada butang Continue

8. Seterusnya, anda boleh lakukan percubaan integrasi dengan menekan butang Test & Continue.

9. Jika anda menerima data selepas menekan butang tersebut, anda boleh aktifkan zap integration dengan menekan butang Turn on Zap.

Integrasi anda sudah siap!

Last updated