Page Builder

Sebelum anda ikuti langkah penetapan ini pastikan anda:

  • Sudah mempunyai produk yang anda ingin buat untuk express checkout.

  • Sudah mempunyai pages yang tersendiri untuk anda masukkan fungsi express checkout.

  • Sudah langgan plan Commerce Standard ke-atas.

Dapatkan Produk ID

  1. Log masuk ke akaun Commerce anda

  1. Klik pada Products

3. Klik pada Produk yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

4. Klik pada Express checkout

5. Pilih variant yang anda ingin customer anda terus beli dan simpan link tersebut

6. Pastikan anda simpan terlebih dahulu URL link tersebut kerana ia akan digunakan untuk penetapan pada page builder anda.

Penetapan pada Page Builder

1. Log masuk akaun Commerce anda

2. Klik pada Online Store -> Pages

3. Klik pada butang Edit pada pages yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

4. Klik pada Edit with Builder

5. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman page builder anda. Untuk penetapan express checkout tersebut, anda boleh drag element Button tersebut ke ruangan yang disediakan.

6. Klik pada element Button tersebut yang anda baru lepas drag dan masukkan ke dalam body content anda. Taip text yang anda inginkan supaya terpapar pada element Button tersebut.

7. Dibahagian URL anda boleh masukkan Url yang anda baru dapatkan dari langkah 1

(Contoh: https://mirfaith.myshoppegram.com/cart/57085:1)

8. Pada ruangan Target anda boleh pilih option Same Tab atau New Tab manakala, pada ruangan setting lain anda boleh setting mengikut design anda.

9. Setelah selesai anda boleh klik Preview untuk test button tersebut.

Info Tambahan

Checkout 3 Produk

  1. Jika anda ingin membuat pelanggan anda terus checkout dengan 3 produk terus, anda boleh asingkan setiap produk variant ID dengan simbol koma. Sebagai contoh : /cart/57085:1,12345:2,57779:3

Kod Diskaun

  1. Jika anda ingin pastikan pelanggan checkout automatik sekali dengan diskaun kod yang anda inginkan, anda boleh lakukan penambahan ?discount=[Kod diskaun anda] pada URL express checkout anda. Sebagai contoh kod diskaun anda ialah "FREESHIPPING": /cart/57085:1,12345:2,57779:3?discount=FREESHIPPING

**Maksimum hanya 3 variant ID(yang valid) sahaja yang boleh dibaca oleh sistem kami.

** Nombor selepas titik bertindih tersebut merujuk kepada quantity barang yang dibeli.

Last updated