Facebook Catalogue

Apa itu Product Catalog Ads yang biasa digunakan oleh syarikat-syarikat besar bagi mempromosikan perniagaan yang mempunyai lebih dari 1 produk?

Gambar di atas menunjukkan produk catalog yang automatik dijana oleh Facebook untuk Ecommerce secara dinamik untuk tatapan pengguna. Di Commerce sudah lama tersedia kelebihan ini bagi digunakan oleh semua pengguna untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap dan profesional terhadap penjenamaan perniagaan anda.

Bahagian 1 : Penetapan Product Katalog di Catalog Manager

  1. Log masuk ke akaun Facebook Business Manager anda dan klik Business Settings di penjuru atas kiri dan klik pada Commerce Manager

  1. Seterusnya klik pada butang Create Catalog

  1. Klik pada pilihan Ecommerce dan klik butang Next

  1. Selepas itu klik pada kotak Upload Product Info dan klik butang Create

  1. Klik butang View Catalog

  1. Selepas itu anda akan dibawa ke page catalog anda untuk digunakan bagi menambah produk di dalam catalog yang baru dicipta sebentar tadi.

  2. Klik pada tab Data Sources.

  1. Seterusnya klik pada Data Feed dan Next

  1. Anda perlu pilih Yes dan tekan butang Next.

  1. Pilih Use a URL(1) dan masukkan domain anda(2) diikuti dengan /products.rss. Ruangan Username dan Password dibiarkan kosong.

  1. Tiada nama domain sendiri : https://kedaisaya.myshoppegram.com/products.rss

  2. Ada nama domain sendiri : https://kedaisaya.com/products.rss

  1. Bahagian Schedule Updates boleh piliih Hourly, Daily atau Weekly bagi membenarkan Facebook mendapatkan data baru secara automatik terhadap produk anda. Seterusnya klik butang Next.

Pilihan Hourly - Jika website anda mempunyai pertambahan dan pertukaran produk yang kerap untuk sepanjang tahun. Lebih sesuai untuk marketplace seperti Lazada.

Jika tidak, boleh hanya dengan pilih Weekly sahaja.

  1. Isikan apa-apa maklumat tentang nama perniagaan anda dan pilih currency MYR.

  1. Pastikan semua maklumat anda adalah betul dan tekan butang Save Feed and Upload.

Proses Upload memakan masa beberapa minit bergantung kepada bilangan produk anda. Semakin banyak produk, semakin lama masa diambil untuk memuatnaik produk.

Pastikan pada ruangan result timbul tanda bewarna Hijau dan semak bilangan produk anda dengan bilangan jumlah yang telah berjaya dimuatnaik.

Sekiranya tidak sama, anda boleh membuat perubahan pada produk anda berdasarkan mesej dan masalah yang dinyatakan.

Sekiranya sistem FB minta anda untuk lakukan penetapan Unrecognised columns, anda boleh abaikan sahaja dan terus sahaja klik pada butang Next.

Paparan Katalog

  1. Klik pada Items dan lihat produk anda kini telah dimasukkan ke dalam katalog Facebook.

Anda boleh gunakan katalog produk ini untuk membuat iklan di Facebook Ads Manager.

Last updated