Wholesale

Wholesale merupakan satu fungsi untuk anda cipta promosi harga yang lebih murah jika pelanggan lakukan pembelian produk itu mengikut kuantiti yang anda tetapkan nilainya.

Fungsi ini hanya tersedia pada plan Ultimate sahaja.

Anda perlu pastikan setiap harga variants produk anda itu adalah sama untuk membolehkan anda lakukan penetapan promo Wholesale ini.

Berikut merupakan langkah-langkah penetapan fungsi Wholesale ini.

Penetapan

  1. Log masuk ke bahagian Dashboard.

2. Klik pada bahagian Products

3. Klik Add product untuk menggunakan produk yang baru atau anda boleh tekan butang Edit pada produk yang sedia ada. Untuk tutorial ini, kami akan menggunakan produk sedia ada.

4. Klik pada tab Wholesale

5. Klik pada butang Add wholesale

6. Pada bahagian ini anda perlu tetapkan promo Wholesale yang anda inginkan untuk produk ini.

Penerangan Parameter

Penetapan harga Wholesale ini hanya boleh merangkumi sebanyak 5 peringkat/tier sahaja dalam 1 produk.

ParameterPenggunaan

NO

Paparan tier harga promosi Wholesale anda.

MINIMUM QUANTITY

Kuantiti minimum yang pelanggan perlu beli untuk dapatkan harga promosi Wholesale anda.

MAXIMUM QUANTITY

Kuantiti maksimum yang pelanggan perlu beli untuk dapatkan harga promosi Wholesale anda.

UNIT PRICE

Harga yang pelanggan akan dapat untuk kuantiti 1 produk jika beli dalam lingkungan kuantiti yang anda tetapkan.

  1. Untuk penambahan price tier, anda boleh klik pada butang Add Price Tier

  1. Jika anda ingin delete price tier yang anda sudah cipta, anda boleh klik pada butang ikon tong sampah.

  1. Setelah penetapan dilakukan tekan butang Save

  1. Setelah selesai, ia bermakna pelanggan akan automatik dapat beli produk itu dengan harga yang anda tetapkan jika kuantiti pembelian produk itu dalam lingkungan yang anda tetapkan. Untuk themes Hartamas, Solaris dan Tampin, paparan table Wholesale ini akan dapat dilihat dalam halaman produk itu sendiri.

Last updated