Domain Migration

Untuk penetapan domain migration anda dari server lama Shoppegram (172.104.38.145) kepada server baru Commerce (IP anda yang tersendiri) anda boleh rujuk tutorial dibawah :

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

1. Anda boleh log masuk kedalam dashboard Commerce

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai value untuk A Record dan CNAME Record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Bahagian 2 : Membuat penetapan didalam akaun domain provider

  1. Anda perlu log masuk kedalam akaun Domain provider anda dan masuk kepada bahagian DNS Manager dan edit DNS rekod supaya point kepada DNS Commerce yang baru dengan cara:-

    • Pada A record, anda boleh ganti value didalamnya dengan value A record anda yang tersendiri.

    • Pada CNAME record, anda boleh ganti value didalamnya dengan value @ atau nama domain anda yang tersendiri

Kedua-dua rekod ini adalah penting dan wajib dibuat untuk pengguna yang menggunakan domain utama.

Bagi pengguna yang menggunakan subdomain mereka (domain sendiri) hanya perlu tetapkan A record sahaja.

Jadi rekod yang telah anda buat sepatutnya kelihatan lebih kurang seperti gambar dibawah.

Sekiranya ingin menggunakan subdomain sendiri bagi domain sendiri contohnya kedai.websitesaya.com hanya perlu tambahkan single A record dan point kepada value A record anda yang tersendiri tanpa perlu ada CNAME.

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/).

Membuat tetapan semula di Commerce

Jadi apabila DNS sudah di point kan ke Commerce. 1. Log masuk ke dashboard Commerce -> Settings -> Custom Domain klik pada butang ikon tong sampah

2. Kemudian anda boleh klik pada Add existing domain dan masukkan nama domain anda tanpa www, dan klik butang Connect

Kini domain anda sudah dihubungkan dan anda perlu tunggu 24 - 72 jam untuk domain ini boleh berfungsi dengan menggunakan Custom domain anda. Boleh rujuk Tempoh Propagation

Sekiranya Custom domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau. Keadaan ini hanya akan berlaku jika segala tetapan yang telah dilakukan di atas adalah betul.

Last updated