Google Analytics

Google Analytics (GA) adalah satu alat yang membolehkan anda pantau segala aktiviti di dalam website anda bagi tujuan pengumpulan data supaya penambahbaikan flow website anda dapat dilakukan.

Untuk penetapan Google Analytics ini di Commerce, anda hanya perlu dapatkan Google Analytics ID untuk dimasukkan didalam Commerce. Anda boleh rujuk penetapan dibawah untuk mendapatkan Google Analytics dan masukkan didalam sistem Commerce.

Bahagian 1 : Log masuk/Daftar akaun Google Analytics anda

1. Anda boleh log masuk kedalam akaun Google Analytics anda terlebih dahulu. Anda boleh klik pada link ini ya : https://analytics.google.com/analytics/web/

2. Seterusnya anda boleh klik pada butang Admin didalam dashboard anda.

3. Sekiranya anda masih belum mempunyai Google Analytics Tracking ID anda boleh klik pada Create Property. Sekiranya anda sudah ada Google Analytics Tracking ID, anda boleh skip terus pada Langkah 8 Bahagian 1 ini.

  1. Seterusnya, anda boleh masukkan maklumat yang diinginkan oleh mereka seperti pada paparan dibawah. Setelah anda selesai masukkan maklumat tersebut, klik Next.

    • Property name : Nama tracking ini untuk memudahkan anda pantau data

    • Reporting time zone : Pastikan anda pilih Malaysia

    • Currency : Pastikan anda pilih Malaysian Ringgit(MYR)

5. Seterusnya, anda perlu masukkan sedikit maklumat tentang bisnes anda untuk tujuan survey dan pengumpulan data serta penambah baikan sistem mereka. Setelah anda selesai masukkan kesemua maklumat anda boleh klik Create.

6. Kemudian anda boleh masukkan nama website anda atau domain anda dalam Website URL dan juga cipta nama bagi Stream name anda ke dalam ruangan yang disediakan. Selepas itu anda boleh klik butang Create stream.

7. Anda boleh salin Measurement ID untuk diletakkan ke dalam sistem commerce anda nanti.

Bahagian 2 : Penetapan di Commerce

1. Log masuk kedalam dashboard Commerce anda.

2. Klik pada Online store

3. Klik pada Preferences

4. Skrol dibawah untuk mencari ruangan untuk anda masukkan Google Analytics ID anda.

5. Diruangan Google Analytics ID tersebut, anda boleh masukkan Tracking ID yang anda baru dapatkan pada tutorial Bahagian 1 langkah nombor 8 sebelum ini.

6. Setelah selesai anda boleh klik Save. Kini penetapan Goole Analytics anda sudah berjaya.

Penetapan E-commerce

Tetapan di bawah adalah tetapan bagi sistem Google Analytics yang lama(Penggunaan Google Analytics - Universal Analytics), jika anda tiada tetapan ini, boleh abaikan bahagian ini.

Fungsi ini membolehkan anda untuk mempertingkatkan laporan data berkaitan E-commerce untuk website anda.

Untuk penetapan anda boleh rujuk langkah penetapan dibawah :

1. Pergi pada dashboard Google Analytics anda

2. Klik pada Admin

3. Klik pada E-commerce Settings

4. Aktifkan toggle Enable E-commerce

5. Kemudian aktifkan toggle Enable Enhanced E-commerce Reporting

5. Setelah selesai, anda boleh klik Save

Last updated