Cloudflare

Untuk tutorial ni adalah bagi mereka yang menghadapi masalah terhadap penggunaan DNS oleh domain provider.

Setiap domain yang dibeli terdapat satu bahagian yang dinamakan Nameserver untuk kita beri akses kepada platform seperti Cloudflare bagi menguruskan DNS kita.

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

1. Anda boleh log masuk kedalam Dashboard Commerce

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai value untuk A record dan CNAME record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Bahagian 2 : Pendaftaran Cloudlflare

Untuk tutorial ni adalah bagi mereka yang menghadapi masalah terhadap penggunaan DNS oleh domain provider.

Setiap domain yang dibeli terdapat satu bahagian yang dinamakan Nameserver untuk kita beri akses kepada platform seperti Cloudflare bagi menguruskan DNS kita.

  1. Pergi ke link berikut https://dash.cloudflare.com/sign-up. Masukkan email dan password untuk pendaftaran dan klik Create Account.

  1. Masukkan nama domain anda yang telah dibeli dari domain provider. Selepas itu klik Add Site

Pada bahagian ini, anda perlu masukkan nama domain tanpa www.

  1. Seterusnya klik pada Free Plan dan klik Confirm Plan

Bahagian 3 : DNS Setup

  1. Tunggu sehingga paparan seperti gambar di bawah keluar.

Sekiranya terdapat sebarang DNS record, yang berlainan seperti penetapan dibawah anda boleh padam semua record tersebut dan rujuk semula penetapan dibawah.

Sekiranya value DNS record tersebut sama sahaja seperti paparan dibawah, anda boleh abaikan sahaja penetapan dibawah.

1 : Penetapan A record:

  1. Penetapan A record, anda boleh pilih dropdown A dan masukkan maklumat ada ruangan tersebut masukkan :

    • Type : A

    • Name : @

    • IPv4 Address : A Record atau (Nilai pada Bahagian 1)

    • Proxy Status : DNS Only (**Perhatian : Pastikan ikon awan berwarna kelabu)

    • TTL : Automatik / 1 Jam

    Setelah selesai, tekang butang Save.

2 : Penetapan CNAME Record:

  1. Penetapan CNAME Record, anda boleh pilih dropdown CNAME masukkan maklumat ada ruangan tersebut masukkan :

    • Type : CNAME

    • Name : www

    • Target : Nama domain anda beli atau (Nilai pada Bahagian 1)

    • Proxy Status : DNS Only (**Perhatian : Pastikan ikon awan berwarna kelabu)

    • TTL : Automatik / 1 Jam

    Setelah selesai, tekang butang Save.

  1. Apabila anda selesai membuat penetapan, paparan yang anda akan terima adalah seperti dibawah :

3 : Penetapan Nameserver Cloudflare

  1. Seterusnya pada ruangan Proxy Status ada ikon awan Oren (Proxied).

Klik pada ikon tersebut dan tukar kepada warna kelabu (DNS Only) dan klik Save. Lakukan untuk A Record dan CNAME Record.

  1. Kemudian klik Continue.

  1. Selepas klik Continue, paparan seperti dibawah akan keluar. Klik Continue with default.

  1. Maka akan keluar nameserver dari Cloudflare yang anda boleh gunakan di domain name provider anda.

  1. Log masuk ke akaun domain name provider anda dan padam nameserver di domain provider anda. Gantikan dengan Nameserver Cloudflare yang telah diberikan seperti gambar di bawah

  1. Setelah anda gantikan nameservers tersebut klik butang Done, check nameservers.

Sekiranya anda mengalami sebarang isu untuk penukaran nameserver ini, anda boleh hubungi pihak domain provider untuk mereka bantu anda dalam lakukan penetapan ini.

Last updated