Mailerlite

Untuk penetapan integration email marketing providers menggunakan Mailerlite, anda perlu dapatkan API key dan Subscriber group ID didalam akaun Mailerlite anda.

Untuk makluman, Mailerlite mempunyai 2 jenis versi iaitu Mailerlite classic V1 dan Mailerlite V2. Didalam tutorial penetapan ini, kami hanya akan ajar berkenaan penetapan menggunakan Mailerlite V2 sahaja.

Penetapan di akaun Mailerlite

Cipta Group di Mailerlite

1. Anda boleh log masuk akaun Mailerlite

2. Klik pada butang atau teks Subscribers

3. Klik pada butang atau teks Groups

4. Klik pada butang Create group

5. Kemudian, didalam pop up ini anda boleh masukkan nama group bagi subscriber list anda ini di ruangan yang telah disediakan untuk dijadikan sebagai rujukan anda nanti.

6. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Create

Dapatkan kesemua key

1. Anda boleh log masuk akaun Mailerlite atau pergi ke dashboard akaun Mailerlite anda semula

2. Klik pada butang atau teks Integrations

3. Klik pada butang Use yang berada didalam kotak API

4. Kemudian, anda boleh klik pada butang Generate new token

5. Didalam pop up yang terpapar itu nanti, anda boleh masukkan nama yang anda ingin tetapkan pada token anda didalam ruangan yang disediakan untuk dijadikan sebagai rujukan anda dan tick juga pada checkbox yang tersedia.

6. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Create token

7. Kemudian, anda boleh klik pada butang Copy atau Download untuk simpan token anda bagi kegunaan penetapan di Shoppegram nanti. Pastikan anda telah simpan token ini kerana ianya tidak akan dipaparkan lagi selepas ini.

8. Didalam halaman yang sama nanti setelah anda tutup pop up tersebut, anda boleh skroll ke bawah untuk dapatkan Subscriber Group ID anda.

9. Anda boleh simpan Subscriber Group ID tersebut untuk digunakan pada penetapan di Shoppegram Commerce.

Penetapan di Shoppegram Commerce

1. Log masuk dalam akaun Shoppegram Commerce

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Email marketing providers

4. Klik pada butang Edit/Activate didalam kotak Mailerlite

5. Kemudian, anda boleh masukkan kesemua key-key yang anda telah dapatkan didalam ruangan yang disediakan. Pastikan pada kotak API version anda telah pilih Version 2.

6. Setelah selesai, klik pada butang Save

Kini penetapan anda sudah selesai, anda akan dapat lihat data pelanggan anda yang baru nanti dibawa masuk kedalam Group Subscriber list yang anda cipta tersebut di Mailerlite.

Last updated