Google Ads

Untuk penetapan integration Google Ads dengan akaun Commerce, anda perlu dapatkan Google Ads ID, Purchase label, Begin checkout label dan Add to cart label.

Anda perlu pastikan anda sudah mempunyai akaun Google Ads anda yang tersendiri untuk anda mendapatkan key-key yang diperlukan tersebut.

Anda boleh rujuk link dibawah untuk langkah mendapatkan key-key yang diperlukan tersebut.

Pastikan juga anda sudah membuat penetapan Google Analytics untuk store Commerce anda bagi membolehkan anda membuat penetapan Google Ads ini. Jika anda masih belum membuat penetapan Google Analytics untuk store anda, klik pada butang dibawah :

pageGoogle Analytics

Log masuk kedalam akaun Google Ads

1. Anda boleh log masuk kedalam akaun Google Ads anda terlebih dahulu untuk membuat penetapan ini. Anda boleh klik pada link ini untuk log masuk : https://ads.google.com/home/

2. Anda akan dapat lihat dashboard seperti ini setelah anda log masuk kedalam akaun Google Ads anda.

Dapatkan Google Ads ID

1. Pada dashboard, anda boleh klik pada butang TOOLS & SETTINGS

2. Anda boleh pergi ke bahagian Measurement dan pilih Conversions.

3. Setelah itu, anda boleh tekan pada New Conversion Action.

4. Pada bahagian ini, anda perlu pilih Website.

5.Kemudian, anda perlu masukkan nama website anda atau nama domain anda. Setelah itu, anda boleh tekan butang Scan. Setelah selesai, anda boleh tekan butang Save and Continue.

6. Anda perlu pastikan nama domain anda yang tertera pada bahagian Website domain itu. Setelah itu, anda boleh tekan pada Add a conversion action manually.

7. Pada bahagian Goal and action optimization, anda boleh pilih Purchase. Kemudian pada Conversion name, anda boleh letak nama Purchase Shoppegram. Pada ruangan Value, anda boleh pilih Use different value for each conversion.

8. Pada ruangan Goal and action optimization, anda akan lihat pada bahagian Conversion action optimization options, pada tutorial ini kita akan gunakan tetapan default iaitu Primary action used for bidding optimization.

9. Pastikan pada nilai Conversion Name dan Value adalah sama pada langkah 1. Pada ruangan Count, anda boleh pilih Every.

10. Pada ruangan Attribution Model, pastikan anda pilih tetapan default iaitu Data-driven. Setelah itu, anda boleh tekan butang Done.

11. Untuk dapatkan Tag anda, anda boleh tekan pada Purchase Shoppegram anda.

12. Pada halaman ini, anda boleh tekan pada Tag Setup.

13. Setelah itu, and boleh pilih Install the tag yourself.

Dapatkan Google Ads ID

1. Pastikan pada ruangan See code for anda telah pilih HTML , dan pada ruangan Google Tag, anda pilih The Google tag isn't installed on your HTML pages. Anda boleh salin nilai yang telah disorokkan untuk tujuan penetapan di Commerce nanti. Perhatian: Nilai yang disorokkan pada gambar ini adalah nilai yang akan diletakkan pada Google Ads ID

Purchase Label ID

1. Pada gambar ini, anda akan dapat lihat nilai bagi Purchase Label ID anda, anda boleh salin dan simpan nilai ini untuk penetapan di Commerce.

Dapatkan Add to Cart Label ID

  1. Setelah itu, anda tekan pada New Conversion Action untuk dapatkan Nilai Label bagi Add to Cart dan Begin Checkout.

2. Pada bahagian ini, anda boleh pilih Website.

3. Kemudian, anda perlu masukkan nama website anda atau nama domain anda. Setelah itu, anda boleh tekan butang Scan. Setelah selesai, anda boleh tekan butang Save and Continue.

4. Anda perlu pastikan nama domain anda yang tertera pada bahagian Website domain itu. Setelah itu, anda boleh tekan pada Add a conversion action manually.

5. Pada Goal and action optimization, anda perlu pilih Add to Cart, pada Conversion Name anda boleh masukkan nama Add to cart Shoppegram. Pada Value, anda boleh pilih Use different value for each conversion dan masukkan RM 1 pada Enter a default value.

6. Pada Count pula, anda boleh pilih Every, pada Attribution Model pula pastikan anda telah pilih Data-driven. Setelah itu, anda boleh tekan butang Done.

7. Setelah anda masukkan segala maklumat yang diperlukan, anda boleh tekan Save and Continue.

Add to Cart Label ID

  1. Pada halaman itu, anda boleh tekan See event snippet.

2. Anda akan lihat Add to Cart ID anda pada kotak yang telah dimerahkan itu, anda perlu salin dan simpan nilai tersebut kerana akan digunakan pada sistem commerce. Setelah itu, anda boleh tekan butang Close.

Dapatkan Begin Checkout Label ID

  1. Untuk memulakan penetapan bagi mendapatkan label bagi Begin Checkout, anda perlu tekan butang New Conversion Action.

2. Pada halaman ini, anda perlu klik pada Website.

3. Setelah itu, anda perlu masukkan nama website atau nama domain, kemudian anda boleh tekan butang Scan. Apabila selesai, anda boleh tekan butang Save and Continue.

4. Pada ruangan tersebut, pastikan anda telah masukkan nama domain atau website dengan betul. Setelah itu, anda boleh tekan Add a conversionaction manually.

5. Pada Goal and action optimization, anda perlu pilih Begin to Checkout, pada Conversion Name anda boleh masukkan nama Begin Checkout Shoppegram. Pada Value, anda boleh pilih Use different value for each conversion dan pada Enter a default value , anda boleh masukkan nilai RM 1.

6. Pada Count pula, anda boleh pilih Every, pada Attribution Model pula pastikan anda telah pilih Data-driven. Setelah itu, anda boleh tekan butang Done.

7. Selepas itu,anda boleh tekan butang Save and Continue.

Begin Checkout Label ID

  1. Untuk dapatkan label Begin Checkout, anda boleh tekan pada See Event Snippet.

2. Pada kotak yang telah dimerahkan, itu adalah Begin Checkout Label ID, anda perlu salin dan simpan kerana ianya akan digunakan pada sistem ecommerce.

Penetapan di Commerce

Setelah anda mendapatkan kesemua key-key yang anda perlukan tersebut, anda boleh menghubungkan Google Ads anda dengan Commerce dengan cara masukkan kesemua key-key tersebut didalam akaun Commerce anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada langkah penetapan dibawah :

1. Log masuk kedalam akaun Commerce anda

2. Klik pada butang Online store

3. Klik pada butang Preferences

4. Seterusnya anda boleh skrol kebawah untuk aktifkan toggle Enable Google Ads Conversion Tracking

5. Kemudian, anda boleh masukkan kesemua key-key tersebut pada ruangan yang telah disediakan

6. Setelah selesai, klik butang Save

Last updated