Page Builder

Sebelum anda ikuti langkah penetapan ini pastikan anda:

  • Sudah mempunyai produk yang anda ingin buat untuk express cart

  • Sudah mempunyai pages yang tersendiri untuk anda masukkan fungsi express cart

  • Sudah langgan plan Commerce Standard ke-atas untuk anda menggunakan fungsi page builder.

Dapatkan Produk ID

1. Log masuk ke akaun Commerce anda

2. Klik pada Products

3. Klik pada Produk yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

4. Klik pada Express checkout

5. Pilih variant yang anda ingin customer anda terus beli dan simpan link tersebut

6. Berdasarkan link url tersebut anda hanya perlu simpan produk variant ID nya sahaja. Sebagai contoh link yang anda dapat ialah https://mirfaith.myshoppegram.com/cart/57085:1

Jadi anda perlu simpan 57085 sahaja untuk digunakan pada langkah seterusnya.

Penetapan pada Page Builder

1. Log masuk akaun Commerce anda

2. Klik pada Online Store -> Pages

3. Klik pada butang Edit pada pages yang anda ingin masukkan fungsi Express Checkout tersebut.

4. Klik pada Edit with Builder

5. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman page builder anda. Untuk penetapan express checkout tersebut, anda boleh drag element Button tersebut ke ruangan yang disediakan.

6. Klik pada element Button tersebut yang anda baru lepas drag dan masukkan ke dalam body content anda. Taip teks yang anda inginkan supaya terpapar pada element Button tersebut.

7. Dibahagian URL anda boleh masukkan /cart/add?id=masukkan ID yang anda dapatkan pada langkah 1 .

**Perhatian : Pastikan anda masukkan add?id= pada URL anda.

(Contoh: https://mirfaith.myshoppegram.com/cart/add?id=57085)

8. Pada ruangan Target anda boleh pilih option Same Tab manakala, pada ruangan setting lain anda boleh setting mengikut design anda.

9. Setelah selesai anda boleh klik Preview untuk lakukan percubaan bagi penetapan button tersebut.

Info Tambahan

Jika anda ingin membuat pelanggan anda terus masukkan 3 produk terus kedalam cart mereka anda boleh asingkan setiap produk variant ID dengan simbol koma. Sebagai contoh : /cart/add?id=57085,12345

**Maksimum hanya 3 variant ID sahaja boleh dimasukkan.

**Jika anda ingin menambah kuantiti dalam Express Cart anda, pastikan anda ubah dan tekan butang Update Cart.

Last updated