Category Products

Category Products adalah tempat dimana anda boleh masukkan produk kedalam kategori yang anda inginkan.

Anda juga boleh menyusun produk mengikut pilihan anda sendiri.

Di bawah adalah contoh penggunaan fungsi penyusunan produk mengikut harga termahal.

Penetapan Category

1. Masuk ke bahagian dashboard.

2. Klik pada bahagian Products.

3. Klik pada bahagian Categories.

4. Pilih mana-mana kategori yang anda mahu. Sebagai contoh disini kami memilih kategori Shoes.

5. Tekan pada bahagian Category products. Di sini adalah senarai produk yang terdapat didalam kategori Shoes ini.

6. Pada bahagian Select product , anda boleh memilih mana-mana produk yang anda ingin masukkan kedalam kategori ini.

7. Seterusnya anda boleh memilih cara untuk menyusun produk anda di dalam store. Tekan pada SORT BY dan pilih mengikut kesesuaian anda.

Sebagai contoh di sini adalah produk di susun mengikut harga paling mahal(Highest Price).

Fungsi Sort By:

Berikut adalah pilihan yang terdapat di dalam fungsi SORT BY :

MenuPenerangan

Manually

Menyusun produk mengikut kemahuan anda

Product name A-Z

Menyusun produk dari huruf awal hingga akhir

Product name Z-A

Menyusun produk dari huruf akhir hingga awal

Highest price

Menyusun produk dari harga tertinggi

Lowest price

Menyusun produk dari harga terendah

Newest

Menyusun produk dari produk yang terbaru

Oldest

Menyusun produk dari produk yang lama

Availability

Menyusun produk mengikut stok yang masih ada atau sold out

Info Tambahan

Anda juga boleh menggunakan ikon anak panah untuk menyusun produk anda menggunakan kaedah drag and drop.

Pilih SORT BY secara Manually dan ajukan pointer mouse ke ikon anak panah tersebut dan klik untuk DRAG and DROP.

Last updated