Kemaskini Maklumat Pembayaran

Untuk kemaskini maklumat pembayaran, anda boleh rujuk pada langkah penetapan dibawah.

Maklumat Kad

1. Dibahagian CURRENT PLAN anda akan dapat lihat maklumat plan yang anda sedang langgan beserta kad yang digunakan.

Dibahagian PAYMENT METHOD pula, anda akan dapat lihat maklumat kad anda. Untuk menambah kad yang baru, anda boleh klik pada teks Add payment method

2. Seterusnya, anda boleh masukkan maklumat kad credit/debit anda.

Jika anda ingin jadikan kad ini sebagai kad utama untuk pembayaran plan, anda boleh tick pada Use as default payment method. Ruangan ini hanya akan terpapar apabila anda sudah tetapkan default payment method anda sahaja.

3. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Add

Kini penambahan kad anda sudah berjaya.

4. Untuk buang kad yang anda tidak gunakan, anda boleh klik pada butang ikon 3 dot dan pilih Delete

Maklumat pengebilan dan penghantaran

1. Jika anda ingin membuat perubahan pada maklumat ini, anda perlu pergi pada bahagian BILLING AND SHIPPING INFORMATION dan klik pada Update information

2. Seterusnya, anda boleh masukkan maklumat anda pada ruangan yang telah disediakan.

3. Setelah selesai, anda boleh klik Save

Sejarah Invois

Dibahagian INVOICE HISTORY ini anda akan dapat lihat setiap pembayaran yang anda perlu lakukan atau pernah lakukan.

1. Jika ada pembayaran yang tidak berjaya, anda akan dapat lihat pada invois tersebut tertulis Unpaid. Untuk membuat pembayaran bagi penolakan yang tidak berjaya tersebut, anda boleh klik pada teks tarikh untuk penolakan yang tidak berjaya tersebut.

Nanti anda akan dibawa ke halaman invois tersebut untuk anda melengkapkan pembayaran yang tidak berjaya tersebut.

Untuk melihat details invois anda yang selebihnya, anda boleh sahaja klik pada teks View more

Last updated