Options

**Perhatian: Penetapan maksimum Options adalah 3 sahaja dalam 1 produk.

**Perhatian: Jika anda buang kesemua options jenis Button/Dropdown/Swatch dalam produk itu, sistem juga akan buang kesemua variatns yang anda sudah cipta dalam produk itu dan hanya tinggalkan Default variant sahaja.

Product Options adalah bahagian untuk membuat variasi yang mempunyai sub-variasi.

Contohnya satu design baju mempunyai pelbagai saiz dan setiap saiz mempunyai banyak jenis lengan atau warna.

Lihat contoh di bawah :

Size dan Sleeve Type merupakan Variasi(Options), dan XS, S, Short, Long merupakan Sub-Variasi(Variants) di dalam Options.

Penetapan Options

  1. Log masuk ke Dashboard Products -> All Products dan klik pada nama produk anda

  1. Klik pada tab Options dan Add Option. Masukkan option anda contohnya dalam kes baju ada option Size. Seterusnya, pada ruangan Type anda boleh lakukan jenis option yang anda ingin gunakan untuk produk ini. Setelah selesai klik butang Add.

Terdapat 7 jenis option yang anda boleh pilih, iaitu: Button, Dropdown, Date, Datetime, Swatch, Input(Teks) dan Textarea.

Untuk jenis option Button, Dropdown dan Swatch, ianya akan ditetapkan sebagai Required dan tidak boleh diubah kerana ianya adalah jenis option yang perlu ditentukan nilai variants nya. Manakala, untuk jenis option Date, Datetime, Input(Teks) dan Textarea, anda boleh diubah sama ada anda mahukan ianya required atau tidak.

  1. Paparan akan keluar seperti berikut. Ini bermaksud option pertama anda telah berjaya dicipta. Seterusnya klik butang Add option lagi untuk menambah option Sleeve.

  1. Dan apabila selesai menambah option yang kedua, paparan seperti berikut akan keluar. Ini bermaksud anda telah berjaya mencipta dua option untuk 1 jenis produk anda.

Penetapan option value

  1. Kemudian, anda boleh klik pada Option Size itu dan masukkan value/teks dalam option yang anda inginkan sebagai contoh untuk Option Size seperti XS, S, M dan L pada ruangan Add new value.

  1. Pastikan bagi setiap penambahan option value itu, anda klik pada butang Save atau klik Enter pada keyboard anda untuk simpan penetapan tersebut.

  1. Seterusnya, anda boleh ulang langkah diatas untuk penambahan Option value untuk Option Sleeve Type pula.

  1. Setelah selesai penambahan Option dan Option Value yang anda inginkan, anda akan dapat paparan seperti dibawah.

Penetapan variants

Untuk makluman, setiap option value yang anda telah tambah didalam option itu, sistem akan automatik generate variants untuk value-value yang anda masukkan itu dalam option tersebut.

Untuk perubahan harga, stok produk dan sebagainya anda perlu lakukan pada halaman di tab Variants.

  1. Anda boleh pergi pada tab Variants. Anda akan dapat lihat kesemua variants yang telah automatik di generate melalui penetapan option value yang anda telah tetapkan sebelum ini.

  1. Anda boleh klik pada mana-mana tab variants itu untuk anda ubah penetapan Price, Stock dan lain-lain bagi variants tersebut.

Untuk penetapan Inventori boleh rujuk disini.

  1. Setelah anda selesai lakukan sebarang perubahan penetapan, pastikan anda klik pada butang Save untuk simpan penetapan tersebut.

  1. Paparan di Product Page akan jadi seperti ini.

Inventori

1 : View Inventory Logs

**Perhatian : Bahagian SKU adalah untuk memantau data bagi produk anda dan bukan untuk kemaskini stok.

Pada bahagian ini anda dapat melihat perubahan atau jejak kuantiti yang dilakukan pada bahagian stok produk. 1. Klik pada View inventory logs.

2. Pada ruangan ini akan tercatat segala perubahan yang dilakukan pada bahagian quantity stock produk.

2: Stok Produk

  1. Untuk lakukan penambahan stok produk, anda perlu masukkan kedalam ruang yang telah disediakan. Anda hanya perlu tekan dropdown itu sahaja.

  1. Selepas itu, anda boleh pilih sebab atau maklumat yang berkaitan dengan perubahan stok produk anda.

  1. Anda akan lihat nilai kemaskini terbaru bagi stok produk anda.

Jika butang Manage Stock tidak dihidupkan, produk anda akan dikira mempunyai stok tanpa had (unlimited).

  1. Jika anda menekan butang View Inventory Logs, anda akan lihat senarai maklumat bagi perubahan stok produk anda.

Info Tambahan

  1. Sekiranya anda delete/buang kesemua jenis option(Button/Dropdown/Swatch) yang ditentukan nilai variants nya didalam produk anda itu, kesemua penetapan variants anda akan di delete/buang juga daripada produk tersebut dan sistem hanya akan tinggalkan variants 'Default' sahaja pada produk tersebut.

  2. Anda boleh lakukan penyusunan paparan variants di website anda itu dengan menggunakan fungsi drag & drop sort pada halaman tab Options itu.

Last updated